KEMUDAHAN di tempat awam seharusnya dikongsi bersama masyarakat dengan penuh rasa berhemah dan tanggungjawab. Namun tidak dapat dinafikan wujud golongan bersikap penting diri dan enggan menghiraukan orang sekeliling yang lebih perlu menggunakan kemudahan yang disediakan. Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kesal melihat sikap jemaah surau yang kurang cakna dengan situasi semasa. Jangan biarkan orang lain menanggung kesulitan kerana diri tamak kejar pahala. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, surau di pusat beli belah atau kawasan rehat dan rawat (R&R) misalnya mempunyai ruang yang terhad dan akan padat dengan jemaah pada waktu puncak. Justeru, setiap individu sewajarnya menyegerakan solat fardu agar dapat memberi laluan kepada yang lain untuk turut menunaikan ibadat yang wajib. "Saya nak nasihat sikit kepada jemaah semua, kalau dah sedar yang surau awak sembahyang tu kecil, tambahan pula ketika itu waktu genting seperti antara Maghrib dan Isyak, tolonglah jangan rajin sangat nak pergi buat solat sunat. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu liat bangun solat, sampai kena jerit-jerit ajak ke surau... Guru terkejut imej bekas pelajar kini berubah! ARTIKEL BERKAITAN: Telinga ‘berdesing’ dengar jemaah tegur anak bising... Sayu dengar reaksi budak 2 tahun lepas kena marah - “Masjid ni tempat orang tua je ke?” "Cukup buat yang wajib je dulu, ramai lagi dok tunggu dekat luar tu. Lagi satu, baca surah dan berdoa pun tolonglah yang pendek-pendek je, jangan meleret sangat," ujarnya. Melewati ruangan komen, warga maya turut memberi peringatan bahawa ibadah sepatutnya dilakukan mengikut kesesuaian tempat dan waktunya. "Itu sebab ilmu penting, sebenarnya amalan sunat yang kita selalu buat dengan istiqamah, kalau kita terlepas untuk lakukan disebabkan keuzuran atau musafir, malaikat akan tetap catat pahala. Ada juga spesies perempuan yang tak boleh solat, tapi tetap masuk surau sebab nak teman kawan. WARGA MAYA "Jadi tak perlu risau kalau tak sempat buat amalan sunat tu. Satu lagi tentang doa, kita sebenarnya boleh baca doa dalam solat, tak perlu tunggu habis solat pun," kata warga maya. Dalam pada itu, pelayar lain turut menceritakan pengalaman yang kurang menyenangkan ketika menunaikan solat fardu di surau. "Banyak terjadi masalah macam ni biasanya dengan perempuan, waktu tengah ramai orang tu jugalah dia sibuk nak pakai mekap, foundation dan sebagainya. Benda tu boleh je buat dekat luar, tiada empati langsung. Pelayar bertukar pandangan. "Ada juga spesies perempuan yang tak boleh solat, tapi tetap masuk surau sebab nak teman kawan. Tunggu je la dekat luar tu, apa punya perangai la macam ni. "Nak buat apa-apa pun kena tengok keadaan, ada sesetengah perempuan saya perasan suka pinjam telekung surau, lepas tu dia teruskan pakai sementara nak tunggu Isyak. Habis tu kami yang lain ni macam mana?" demikian kata beberapa pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube