BUKAN mudah untuk seseorang yang diisytiharkan muflis menjalani kehidupan. Namun itulah nasib seorang lelaki yang pernah mengusahakan perniagaan dan akhirnya jatuh bankrap. Tanpa mendedahkan punca sebenar dia muflis, namun katanya, kesilapan terbesar dirinya adalah terlalu percayakan pekerja terutama dalam kalangan ahli keluarganya sendiri. “Terlalu percaya pada staf, lebih-lebih staf tu ipar duai dan klien. Kesilapan itu yang tak boleh dilupakan. Saya jatuh ni pun sebab salah satu faktor inilah. “Bersabarlah kita yang mengalami kesusahan yang melampau seperti kebankrapan. Saya dulu banyak membantu orang dan dan sentiasa bersedekah ketika senang. “Bila jatuh, duit jangan cakap, langsung tak ada. Akaun kena block. Dari seorang yang gembira, riang dan keluarga bahagia, terus jatuh terduduk. “Saya jatuh sekarang ni, ada yang membantu. Ada juga yang mengeji,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial. Mengalami kekangan kewangan merupakan ujian dalam hidup. -Gambar hiasan Ditimpa ujian berat, menurut lelaki itu, dia mendekatkan diri dengan Allah dengan memperbanyakkan ibadat. “Tidur dalam kereta sampai ada hamba Allah ni bagi saya bilik. Dapatlah saya berteduh anak-beranak,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukur ARTIKEL BERKAITAN: Usaha cari nafkah lepas dipecat, enggan dilabel ‘biawak hidup’... Isteri bergaji besar malu suami kerja sementara jadi pak guard Susulan itu, dia bersyukur kerana masih ada insan yang bermurah hati untuk membantunya, sekali gus memberi semangat kepadanya untuk tidak terus berputus asa. “Saya bangkit secara perlahan-lahan dengan niat nak bayar semua hutang saya. Pada masa sama, saya doakan buat mereka yang mengalami nasib sama dengan saya. “Bersabarlah, ada hikmahnya. Nak lukis tak pandai tapi sekadar menaip dan meluahkan perasaan,” jelasnya. Kenangkan anak-anak je aku bertahan. BAPA MUFLIS Namun kata lelaki yang berpengalaman dalam bidang jualan itu, andai diberi peluang untuk memilih sumber kewangan, dia masih tidak serik mengusahakan perniagaan. “Saya nak usahakan bisnes saya balik untuk membayar semua hutang ni. Saya sanggup turun naik bank untuk mendapatkan pinjaman tu. “Tapi itulah, orang macam kita yang bankrap ni bukan setakat bank, Ah Long pun tak layan kita,” tambahnya. Anak-anak teringin untuk pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain. -Gambar hiasan Apa yang lebih menyedihkan, dia buntu memikirkan kehidupannya sekeluarga terutama pendidikan anak-anak. “Sekarang, anak-anak dengan sekolah semua tak menentu. Kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak,” katanya yang kini sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Berdasarkan isu yang dihadapinya ketika ini, dia tetap menitipkan pesanan kepada masyarakat agar merancang kewangan dan jangan mengambil ringan tentang hutang. “Kepada yang baru nak hidup ni, janganlah berhutang. Aku rasa macam nak pergi je dari dunia ni. Kenangkan anak-anak je aku bertahan. “Semoga Allah SWT bersama aku dan sahabat-sahabat yang senasib dengan aku, Amin,” luahnya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan simpati terhadap nasibnya dan mendoakan agar dirinya agar dipermudah urusan serta keluar daripada kebankrapan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube