suria

“Assalamualaikum... trick or treats?” - Wanita terkejut budak bertelekung, pegang Iqra’ tekan loceng rumah... Nak sambut Halloween!

Umat Islam dilarang menyambut festival Halloween. -Gambar hiasan

FESTIVAL memperingati roh si mati iaitu Halloween yang disambut penganut agama Kristian pada 31 Oktober setiap tahun terutamanya di negara-negara Barat nampaknya semakin popular dan dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Walaupun Islam melarang umatnya menyambut perayaan berkenaan, masih terdapat dalam kalangan kita yang masih belum memahaminya terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita terkejut apabila rumahnya didatangi sekumpulan kanak-kanak yang kononnya mahu menyambut festival berkenaan pada lewat malam Isnin.

Trick or treat kebiasaanya dilakukan kanak-kanak bukan beragama Islam. - Gambar hiasan

Trick or treat kebiasaanya dilakukan kanak-kanak bukan beragama Islam. - Gambar hiasan

"Sekitar pukul 11.30 malam macam tu ada sekumpulan budak datang rumah dan bunyikan loceng.

"Ingatkan ada sesuatu, rupanya sambut Halloween. Dengan seorang tu pegang Iqra', seorang lagi pula pakai telekung. Tiba-tiba... Assalamualaikum, boleh tak kami nak tik o tik (trick or treats)?.

"Allahuakhbar dik, mengucap dulu," dedah wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar ‘festival hantu’, ketahui kenapa umat Islam haram sambut Halloween

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja pakai kostum hantu? Ini fakta yang perlu anda tahu tentang Halloween

Bagi memastikan dia tidak tersalah dengar, wanita itu bertanya tujuan sebenar kanak-kanak terbabit datang ke rumahnya.

"Saya tanyalah, untuk apa ni dik? Dengan selambanya mereka jawab... kami nak sambut Holowin (Halloween). Terus aku speechless sekejap. Balik dari mengaji, terus mengutip treats. Sampai sekarang aku tak boleh brain (berfikir).

"Rasanya budak tu tak tahu pasal Halloween, mereka hanya tahu tentang keseronokan pergi rumah ke rumah mintak treats. Tapi tu lah, siap cakap nak sambut Halloween... itu yang merisaukan," katanya.

Pesta Halloween adalah haram kerana bersifat penyembahan dan dirayakan bukan Islam.

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Perkongsian wanita itu ternyata menerima reaksi ramai warga maya yang rata-ratanya bimbang tentang penularan budaya sambutan Halloween dalam kalangan golongan muda beragama Islam.

Sebagai peringatan bersama, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan hari Halloween adalah sebahagian daripada perayaan penganut Kristian serta ritual bagi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.

Selaras dengan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan juga mengharamkan sambutan Halloween dan ia juga selaras larangan daripada Rasulullah kerana menyerupai amalan orang kafir.

Arab Saudi antara negara Islam yang menyambut Halloween.

Arab Saudi antara negara Islam yang menyambut Halloween.

“Pesta Halloween adalah haram kerana asal sambutan ini adalah bersifat penyembahan dan juga dirayakan oleh kaum bukan Islam,” katanya.

Perayaan tersebut kebiasaanya disambut pada waktu malam selain dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula dengan berkata Trick or treat.

Ucapan Trick or treat seolah-olah ugutan yang membawa maksud 'beri kami gula-gula atau kami buat kacau'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain