suria

Bukan parkir tapi dipandu perlahan... Kereta plat Singapura akhirnya ‘menyelam’ di pantai PD, pemandu keluar selamatkan diri

Alexey berkongsi insiden sebuah kereta terkandas di pantai dalam hantarannya di TikTok.

BIARPUN kelihatan mendamaikan dan tenang memukul pasir di pesisiran pantai, namun usah sesekali memandang rendah dengan 'kuasa' airnya.

Buktinya, sudah banyak insiden di mana kenderaan tersadai gara-gara ditenggalami air pantai akibat diparkir di kawasan berpasir.

Terbaharu, sebuah kereta model Chevrolet Cruze berwarna hitam kelihatan tersadai di pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan, dalam satu kejadian pada petang Selasa.

Insiden tersebut dirakam dan dimuat naik oleh seorang TikToker Rusia, Alexey, di akaunnya @alexey.brock.

"Selamat petang dari Port Dickson. Sudah tentu saya tidak dapat menunjukkan nombor pendaftaran kereta ini.

"Tapi satu perkara yang saya boleh kongsikan, huruf pertamanya adalah 'S'. Jadi seseorang dari Singapura agak nakal," katanya dalam video yang dikongsikannya.

pantai 2

Kereta model Chevrolet Cruze yang terkandas di pantai Port Diskson.

Alexey kemudian turut menemu ramah seorang lelaki, dipercayai pemandu kereta berkenaan, yang sedang duduk tidak jauh dari kenderaannya.

"Ia tersangkut di situ. Saya sedang memandu dengan perlahan. Tiba-tiba pasir basah... air dari asyik datang menghampiri.

"Waktu itu, dekat kawasan itu, ia agak jauh dengan gigi air. Tiba-tiba air naik. Kami akan tariknya keluar," kata pelancong dari Pakistan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kes abang J&T bawa lori sampai ke pantai? Netizen syak sesat guna Waze... “Siapa yang salah letak alamat ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan terbantut! Tayar kereta cikgu terbenam ketika jemput calon UPSR ke sekolah... tindakan guru besar tak disangka-sangka!

Video tersebut sehingga kini meraih lebih 418,000 jumlah tontonan.

Apa yang menarik perhatian warga maya, pelancong lelaki tersebut kelihatan begitu tenang dan santai sambil duduk sementara menanti bantuan tiba.

Namun dia tidak memperincikan bagaimana kereta yang dipandunya itu akan dibawa keluar, sama ada ditunda atau meminta bantuan pihak berkuasa.

Dia ingat pasir pantai Malaysia ni macam dekat padang pasir kot.

NETIZEN

Menerusi ruangan kapsyen, Alexey menjelaskan kenderaan tersebut sudah tiada apabila dia kembali semula pada sebelah malam.

"Kembali semula di kawasan yang sama pada waktu malam, kereta berkenaan sudah tidak kelihatan.

"Sudah ditunda atau menuju ke tempat yang tak pasti... tak tahu," tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyifatkan pelancong berkenaan sebagai sengaja mencari penyakit kerana memandu di kawasan yang berisiko.

komen pantai

Reaksi warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

"Orang nak parking atas pasir pun fikir dua kali. Dia boleh drive atas pasir macam naik Jeep.

"Dia ingat pasir pantai Malaysia ni macam dekat padang pasir kot.

"Member tenang je dekat tepi... sebab bukan kereta dia hahaha.

"Yeahh air masin... rest in peace semuanya," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain