HIDUP sihat tanpa sebarang penyakit merupakan antara nikmat Allah yang paling berharga buat setiap manusia. Namun, kita hanya mampu merancang dan Allah adalah penentu segala-galanya. Di laman X, seorang pemuda dikenali sebagai Faisal Rahim mencuri perhatian netizen selepas dia berkongsi kisah rakannya yang menghidap kanser tahap empat. Kesedaran mengenai gaya hidup sihat dilihat semakin subur dalam masyarakat kita pada hari ini. -Gambar hiasan Menurut pemuda itu, rakannya berdepan ujian kesihatan yang cukup berat meskipun sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan. "Dapat berita sedih seorang kawan kena kanser tahap empat. Dia seorang yang sangat jaga kesihatan. Paling fit antara geng kami. "Aktif bersukan dan berlari. Kalau makan ramai-ramai, dia minum air kosong je. Betul-betul jaga makan. Tapi itulah. Ujian begini tak kira semua tu," tulisnya. Saya pun ada masalah berkaitan organ dalaman... walhal daripada budak sampai ke umur 30-an sangat fit dengan aktiviti sukan. NETIZEN Bercerita lanjut, dia berkata rakannya itu mula mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum disahkan menghidap penyakit berkenaan. Di sebalik perkongsian itu, dia turut menyampaikan mesej kepada orang ramai tentang kekuasaan Allah yang menjangkaui perancangan manusia. "Punca batuk dan demam agak lama. Apabila check kanser tahap akhir. Teruslah usaha jaga kesihatan kita sebaiknya. Tapi dalam masa sama, kena percaya perancangan dan ujian Allah ni mengatasi segalanya. ARTIKEL BERKAITAN: Setiap malam nak duduk dalam peti sejuk... Bayi hidap kanser mata tahap 4 ini kepanasan kesan kimoterapi ARTIKEL BERKAITAN: Tertekan ulang-alik jaga isteri sakit kanser, Ustaz Izzuddin kini hidap MDD... Pertukaran dari Sarawak ke Kelantan tak lulus, belum cukup 3 tahun "Jangan sesekali dabik dada kita paling sihat, fit dan pandang rendah orang lain. Betapa ramai orang sihat meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang sakit dan terlantar di hospital. "Lumrah alam tu ada aturannya. Rajin usaha akan berjaya, jaga kesihatan hidup lama, drive slow selamat. Tapi qada Allah boleh berlaku sebaliknya. Kena sentiasa ingat ini," pesannya lagi. Ciapan itu menerima lebih 3,300 ulang kicau dan turut dihujani pelbagai komen netizen. "Arwah mak mentua saya macam tu juga tuan. Tak penah ada rekod masuk hospital, tak penah ada sakit teruk. Setakat demam biasa je. Bermula dengan batuk tak berhenti, perut sakit, lepas periksa rupanya kanser. Jika tidak mampu untuk bersukan, anda boleh menjaga kesihatan diri dengan melakukan senaman ringkas. -Gambar hiasan "Banyak dah berlaku dalam kalangan keluarga dan kawan. Selalunya orang fit threshold pain mereka tinggi. Rasa sakit boleh tahan, hanya apabila dah lama baru tahu sakit. "Iya tuan, itulah takdir. Saya pun ada masalah berkaitan organ dalaman. Walhal daripada budak sampai ke umur 30-an sangat fit dengan aktiviti sukan. Makan tidak sebarangan. "Sekarang penyakit datang tak menentu. Hari tu ada seorang client meninggal dunia sebab jangkitan paru-paru. Sebelum tu sihat je," kongsi netizen pula. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube