JEMPUTAN untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan setiap umat Islam. Bagi mereka yang benar-benar menghayati erti kemanisan iman, kenangan mengabdikan diri kepada Allah ketika di sana boleh dikatakan lebih indah berbanding percutian ke negara lain yang dianggap cantik. Melalui satu perkongsian di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa kosong di dalam hati sejurus pulang dari menunaikan umrah. Nilai ketaatan perlu dipupuk di dalam diri sebagai hamba kepada yang Maha Esa. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, kehidupannya seperti hilang makna apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Makkah dan Madinah, dua kota suci yang sangat signifikan kepada penganut agama Islam. "Sejujurnya, siapa pernah kena post umrah depression? Sakit kan?" ujarnya mencoretkan rasa sugul. Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya dilihat keliru cuba memahami konsep post umrah depression. ARTIKEL BERKAITAN: Mutawif dedah kegiatan ‘jual’ agama ketika umrah, ramai mudah terpesona dengar ‘doa mustajab’ Pak Arab ARTIKEL BERKAITAN: Semangat nak tunai umrah tapi risau nama blacklist! Rupanya gelabah sebab tak pernah bayar hutang PTPTN "Benda ni memang betul wujud ke? Nampak ada beberapa ahli psikologi pernah kupas tentang topik ni juga. "Sebegitu besar impak spiritual yang dialami sis apabila menunaikan umrah, mungkinkah umrah aku yang sebelum ni tak mabrur? "Saya kurang bersetuju dengan nama yang diberikan untuk simptom ini, kerana perkataan depresi itu seolah-olah menonjolkan konotasi yang buruk. "Kita sepatutnya bersyukur kerana berjaya menyempurnakan umrah, bukannya berduka. Saya berpandangan perasaan sebegini tidak kena pada tempatnya," demikian kata beberapa warga maya. Hilang semangat untuk kembali menjalani kehidupan biasa setelah berminggu mendekatkan diri kepada Tuhan. WARGA MAYA Dalam pada itu, pelayar lain turut menceritakan pengalaman masing-masing mengalami post umrah depression. "Saya ketika menulis komen ini sedang dalam perjalanan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah untuk berangkat ke Malaysia, sudah terasa rindu dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Pelayar bertukar pandangan. "Sebolehnya tak mahu langsung pulang ke tanah air, nak lupakan segalanya tentang kerja dan hal duniawi, hanya serahkan diri ke jalan agama. InsyaAllah jika berkesempatan, awal tahun 2025 nak buat sekali lagi umrah. "Hanya mereka yang pernah menjejakkan ke Tanah Suci mampu memahami perasaan ini, hilang semangat untuk kembali menjalani kehidupan biasa setelah berminggu mendekatkan diri kepada Tuhan," jelas beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube