PEMERGIAN insan tersayang sudah pasti akan meninggalkan rasa pilu yang mendalam. Demikian itu, sistem sokongan daripada ahli keluarga terdekat atau sahabat adalah sangat dialu-alukan. Melalui satu perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa terkilan kerana disindir keluarga di belah ibunya, berikutan dia tidak datang menziarahi bapa saudara yang meninggal dunia. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia mempunyai alasan kukuh untuk tidak hadir kerana perlu menguruskan keluarga. "Hujung minggu lalu pakcik aku meninggal dunia. Rumah aku agak dekat dengan kediaman dia, dalam 20 minit pemanduan kalau guna kereta. Aku tak dapat pergi sebab bayi baru tujuh bulan dan suami pula kerja. "Sekarang ni semua ahli keluarga aku asyik mengata dalam grup WhatsApp. Perli aku kenapa tak datang singgah padahal rumah sekitar situ je, sampai berminggu-minggu ni masih mengungkit. ARTIKEL BERKAITAN: Kakak halang ziarah, risau mak mengadu domba! Adik sedih nak masuk rumah pun tak boleh, terfikir andai ibu pejam mata ARTIKEL BERKAITAN: Tanah perkuburan jadi tempat paling tenang... Lebih setahun pemuda ini setia ziarah pusara, ‘kongsi’ cerita dengan arwah BFF "Memang aku rasa serba salah, tapi tolong la faham situasi aku. Pertamanya, suami kerja bahagian makanan dan minuman (F&B), cuti dia tak menentu walaupun Sabtu dan Ahad. Kalau nak off, kena cari dulu orang yang boleh ganti kerja. "Lagipun bos dia cakap yang mati tu bukan ahli keluarga rapat. Kereta pula ada satu je, suami dah bawa pergi kedai, kalau naik pengangkutan awam memang suami tak bagi. Jadi ini la kekangan aku, bukannya aku sengaja tak datang," jelasnya. Tambah wanita itu, dia juga sudah menghubungi keluarga bapa saudaranya untuk menyampaikan salam takziah. Mulut orang memang susah kita nak kawal, cukuplah awak sedekahkan doa dari jauh kepada arwah. WARGA MAYA "Waktu hari kejadian, aku dah call makcik aku untuk bagi kata-kata semangat serta minta maaf tak dapat datang. "Kalau nak tahu, ibu bapa dan empat adik-beradik aku semua pergi lawat arwah pakcik, aku rasa itu pun dah memadai sebagai wakil keluarga aku. "Alangkah baiknya kalau ada antara mereka yang suka cari salah orang tu boleh offer tumpangkan aku ke rumah arwah waktu hari tersebut, ini tahu membebel je. Pelayar bertukar pandangan. "Tak faham kenapa aku juga yang dijadikan sasaran untuk dikecam, aku pun dah beritahu yang nanti bila berkelapangan, waktu hari suami cuti, aku akan datang lawat. Bukannya aku ni terus menghilangkan diri," luah wanita tersebut. Menjengah ke ruangan komen, warga maya dilihat berbelah bahagi dalam memberikan pandangan. "Apabila kita hilang orang kita sayang, fikiran kita boleh jadi bercelaru. Itu yang mungkin keluarga pakcik awak terasa sangat, rumah awak dah dekat tapi tak datang jenguk pun. "Seolah-olah kematian pakcik tu tak meninggalkan kesan kepada awak. Tapi mulut orang ni memang susah kita nak kawal, cukuplah awak sedekahkan doa dari jauh kepada arwah, yang lain biar Allah nilai," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube