RAMAI sebenarnya rakyat Malaysia yang masih tidak peka tentang hak mereka di sisi undang-undang negara. Malah ada kes jenayah yang terbiar tanpa mendapat keadilan sewajarnya kerana mangsa tidak tahu mereka sebenarnya dilindungi oleh sistem perundangan. Di aplikasi TikTok, seorang peguam tular selepas dia berkongsi cara-cara untuk mangsa mendapatkan keadilan sekiranya mereka ditampar atau ditumbuk di khayalak ramai. Kes pukul dan pergaduhan juga berlaku dalam kalangan remaja. -Gambar hiasan "Apa nak buat jika anda ditumbuk atau ditampar di khalayak umum? Jangan tampar kembali. Kena jauhkan (diri) daripada si pemukul. "Bertindak untuk mempertahankan diri, hanya menolak si pemukul. Kemudian, minta bantuan daripada pihak penguasa terdekat," kongsinya. Langkah seterusnya, Zabidah berkata mangsa perlu membuat laporan polis dan mengumpul bukti untuk kes berkenaan diadili di mahkamah. Leceh nak naik mahkamah kalau kena tumbuk... baik tumbuk je balik orang yang tumbuk kita tu. NETIZEN "Buat laporan polis. Pelaku boleh dijatuhkan hukuman penjara mengikut Seksyen 323, penjara satu tahun maksimum dan atau didenda RM2,000 jika didapati bersalah. "Langkah kedua, buat tuntutan di mahkamah. Dapatkan saksi, rakaman video (daripada) telefon atau kamera litar tertutup (CCTV)," kongsinya lagi. Video yang dimuat naik oleh peguam itu menerima hampir 120,000 tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Penganggur bawa Myvi redah masuk sekolah, cuba bunuh remaja perempuan sedang main bola tampar ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba penampar hinggap ke muka! Pemuda tengah lepak di kafe terkejut diserang wanita, marah tersigung beg Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi kisah mereka yang pernah berdepan kejadian serupa. "Saya pernah dipukul depan khalayak. Saya tidak membalas, bukan kerana saya pengecut cuma tidak mahu dia teruk. Ada saksi, saya ke balai buat report tapi akhirnya polis suruh saya tarik report dan balik. "Saya kena tampar, bukti video semua ada. Tapi macam mana kes boleh NFA (tiada tindakan lanjut) oleh pendakwa raya, kata pegawai penyiasat? Masih mencari peguam untuk saman atau bawa ke mahkamah," kongsi netizen. Selain itu, ada netizen berkata mereka mahu memilih jalan mudah dengan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah sahaja. Mangsa boleh mendapatkan keadilan dengan melaporkan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa. -Gambar hiasan "Bagi saya, penyelesaian terbaik adalah lapor polis dan minta pegawai penyiasat tolong settle luar mahkamah dengan cara dapatkan pampasan daripada pelaku, buang masa naik mahkamah. "Leceh nak naik mahkamah kalau kena tumbuk. Baik tumbuk je balik orang yang tumbuk kita tu. "Benda boleh settle pakai penumbuk buat apa pergi mahkamah? Denda nanti bukan mangsa yang dapat. "RM2,000 je, baik aku balas balik," tulis beberapa individu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube