suria

Lepas intai keranda Kak Timah, si bulus terus rebah tepi liang lahad... Setia tunggu selesai pengebumian

Tangkap layar daripada video yang tular di TikTok.

VIDEO seekor kucing yang tiba-tiba muncul di tanah perkuburan ketika pengebumian jenazah seorang wanita meraih perhatian ramai.

Dalam video itu, kucing tersebut dilihat mendekati sebuah keranda dan turut memasukkan kepala, seolah-olah mahu mengintai bahagian dalamnya.

Kemudiannya, kucing itu dilihat pergi ke tepi liang lahad dan terus merebahkan badannya ketika jenazah sedang dikebumikan.

kucing3

Kucing itu berada di tepi liang lahad ketika proses pengebumian sedang dijalankan.

"Mesti arwah Kak Timah ni pencinta kucing kan? Tiba-tiba kucing ni muncul masa jenazah dibawa ke kubur. Kucing ini pun berlari sama iring jeanzah sampai ke lahad.

"Masya-Allah, Al-Fatihah buat Kak Fatimah yang meninggal selang sehari selepas (ulang tahun) hari lahirnya," ujar pemilik TikTok Lilyoodin yang memuat naik video itu.

Menerusi video tular yang menerima lebih 320,000 tontonan itu, dia berkata arwah dilahirkan pada 20 Oktober 1955 dan meninggal dunia pada 21 Oktober 2024.

Tiba-tiba kucing ni muncul masa jenazah dibawa ke kubur... berlari sama iring jenazah sampai ke lahad.

LILYOODIN

Di ruangan komen, seorang wanita dikenali sebagai Linawhuut turut berkongsi kisah kucing-kucing yang pernah menemani arwah bapanya.

Menurut Lina, dia sendiri melihat beberapa ekor kucing sering menemani arwah bapanya ketika sedang dirawat di hospital.

"Masa arwah abah saya sakit dalam wad dulu, tiba-tiba banyak kucing masuk, lalu ikut tingkap wad, duduk bawah katil arwah abah. Tapi nurse langsung tak halau kucing-kucing tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 2 tahun kucing tak jemu ziarah kubur tuannya, hanya balik masa lapar

ARTIKEL BERKAITAN: Oyen tak pernah salah kubur, siap ‘iring’ ke pusara Tok Ma... Rupanya ada kisah sedih si bulus kurus

"Saya yang jaga arwah dekat wad. Kucing masuk melalui tingkap, kucing duduk je di bawah katil arwah, silih berganti kucing yang masuk tu.

"Lepas tu, bila arwah abah meninggal, banyak kucing datang rumah masa arwah sedang diurus. Arwah memang selalu bagi makan kucing-kucing liar belakang rumah," kongsi wanita itu.

Dalam pada itu, ramai netizen turut meluahkan rasa sayu melihat aksi kucing itu yang setia menemani arwah di sisi liang lahad.

kucing2

Kucing itu turut memasukkan kepalanya ke dalam keranda.

"Mungkin semasa hayat, arwah selalu sedekah kucing makan, termasuklah anak bulus yang pergi ke kubur itu.

"Kucing tu sampai jengkuk lubang kubur tengok jenazah. Macam faham je kucing tu.

"Pernah lihat sendiri. Semua orang dah balik tapi kucing tetap tunggu di kubur. Arwah orang yang sayangkan binatang.

"Menitik air mata tengok kucing ni. Allahuakhbar," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain