suria

Tak sampai 2 jam duduk bawah khemah, pekerja gerai ghaib tanpa khabar... Tinggal tempahan tak siap - “Katanya nak solat Zohor”

Cuaca yang tidak menentu menjadi cabaran besar kepada peniaga gerai. -Gambar hiasan

GOLONGAN peniaga bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan, malah mereka juga boleh 'pening kepala' melayan kerenah para pekerja.

Di Facebook, individu dikenali sebagai Bos Khai turut berkongsi kisah seorang pekerja sebuah gerai yang hilang secara tiba-tiba.

Menurut Bos Khai, pekerja itu memberi alasan untuk menunaikan solat zohor, namum terus lesap tanpa sebarang khabar berita.

viral 1

Foto yang dikongsi Bos Khai di Facebook.

Dalam hantaran di Facebook, dia turut memberi pesanan kepada pekerja itu supaya elak daripada memohon kerja sebagai pembantu gerai jika tidak mempunyai hati yang kental.

"Tak tahulah nak gelak ke nak nangis sekarang ni. Masuk kerja pukul 12, pukul 1.45 petang terus ghaib. Katanya nak solat Zohor, rupanya bye terus.

"Kepada awak yang berkenaan, kalau rasa hati tak kental, jangan mohon kerja jaga gerai.

Terkial-kial orang yang kena tinggal seorang diri siapkan tempahan pelanggan.

BOS KHAI

"Memang tak semua orang sanggup duduk bawah khemah dengan cuaca panas. Kadang hujan lebat sekali angin," tulisnya.

Menurut Bos Khai, tindakan tidak bertanggungjawab pekerja itu turut menyusahkan pekerja lain yang terkontang-kanting menyiapkan pesanan pelanggan.

"Kami tak marah kalau tak nak kerja, tapi beritahu. Jangan tinggalkan gerai macam tu je. Terkial-kial orang yang kena tinggal seorang diri siapkan tempahan pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri tinggalkan kerja makan gaji lepas balik umrah, kini gembira buka gerai di kampung... Khemah dibadai ribut tetap senyum

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja gerai roti canai cuci kuali dalam longkang... Sakan menyental guna air kotor!

"Aduhai makhluk bertuah. Tolong jangan amalkan perangai tak serius nak berkerja tu. Awak menyusahkan banyak pihak," pesannya lagi.

Dalam hantaran sama, Bos Khai turut memuat naik foto sebuah gerai makanan yang menjual roti john.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut menyelar tindakan pekerja itu yang disifatkan kurang matang dan tidak bertanggungjawab.

Kata netizen lagi, ramai anak muda hari ini terlebih manja dan tidak mahu bersusah-payah mencari rezeki seperti golongan terdahulu.

Ramadan Bazaar Juadah Simpang 4 a populers Bazaar in Klang..— KK SHAM/The Star

Aneka gerai makanan yang dibuka di seluruh Malaysia. -Gambar hiasan

"Budak sekarang biasalah. Panas, comot sikit tak nak. Nak ada aircond. Saya 25 tahun kerja kilang besi, tiada kipas, tiada aircond.

"Betul, sebab tu sekarang kita kalau nak pilih pekerja, kita kena tapis habis-habis. Bukan apa, nanti kemudian hari menyusahkan orang macam ni la.

"Budak-budak zaman TikTok memang kebanyakannya lembik dan manja. Itu fakta.

"Budak sekarang pemalas. Duduk kelas belakang, ada hati nak gaji perdana menteri," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain