KEDAI atau restoran mamak sememangnya tempat yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutama untuk menikmati hidangan seperti roti canai, mi goreng dan teh tarik. 'Mamak' juga menjadi lokasi untuk melepak bersama rakan atau keluarga, serta tempat untuk berbual santai setelah seharian penat bekerja atau belajar. Justeru, suasana bising, riuh-rendah dengan hiruk-pikuk atau hilaian tawa suara pelanggan di restoran mamak sudah jadi perkara biasa, sesuai dengan konsepnya yang santai dan terbuka. Seorang pelayar media sosial menjadi perhatian kerana meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap sekumpulan pelanggan yang berbual terlalu kuat sehingga didakwa mencetuskan suasana bising. Restoran mamak sering menjadi pilihan ramai bukan saja untuk menikmati makanan malah bersantai bersama rakan-rakan. -Gambar hiasan "Sila berhemah bila berada di tempat awam. Sampai ada yang sumbat tisu dekat telinga. "Apa korang akan buat kalau dalam keadaan begini?" tulisnya pada kapsyen video berdurasi 40 saat yang dimuat naik di TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Pakar ‘sekolahkan’ pengguna B40, selera T20! Shopping barang dapur sampai RM500 kemudian merungut ‘hidup ini keras’ ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak ada duit, blah” - Pengasas produk angkuh herdik pelanggan B40! Jumlah tontonan sesi 'live' jatuh merudum Menurut pelayar tersebut, kumpulan pelanggan dalam video yang dikongsi datang lebih lambat dan duduk tidak jauh dari mejanya. "Kitaorang cakap kuat pun masih tak boleh lawan suara diaorang. Rasa struggle nak sembang. Itu sudahnya kitaorang berhenti borak. "Tak suruh senyap pun. Just respect orang sekeliling je," tulisnya lagi, tidak puas hati dengan kumpulan pelanggan tersebut. Nak masuk 2025 ni, pertama kali aku dengar complain kedai makan kena senyap. NETIZEN Bagaimanapun, perkongsian pelayar berkenaan mengundang kecaman dengan rata-rata warga maya menyifatkannya 'mengamuk' tidak kena tempat. Tambah mereka, pelayar tersebut sepatutnya pergi ke restoran eksklusif sekiranya mahu menikmati makanan dalam suasana yang tenang dan tidak bising. Segelintir netizen tidak bersetuju dengan pandangan individu berkenaan. "Lepas ni kalau nak senyap, pergi fine dining. Tapi pakaian formal tau, bukan kasual. "Bajet B40 tapi expect environment T20. "Pertama kali ke lepak mamak? "Nak masuk 2025 ni, pertama kali aku dengar complain kedai makan kena senyap," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube