suria

Pelanggan rajin singgah gerai, ramah tanya banyak soalan... Lepas tu terus jadi pesaing - “Sama sebiji, banner je lain”

Keberkatan penting dalam mencari rezeki. -Gambar hiasan

RAMBUT sama hitam, hati lain-lain.

Dalam kehidupan bermasyarakat, pelbagai ragam dan kerenah manusia dapat kita perhatikan setiap hari.

Melalui satu hantaran di laman sosial, seorang wanita yang juga peniaga gerai berkongsikan pengajaran diperolehnya ketika berurusan dengan seorang pelanggan.

Makanan yang lazat dan unik pasti akan melariskan jualan. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia langsung tidak menyimpan sebarang syak wasangka terhadap pelanggan terbabit dan melayan baik dirinya sebagai pembeli.

"Kini baru aku faham maksud, jangan terlalu baik dengan orang. Nak dijadikan cerita, pada satu hari ni, ketika aku tengah bersiap nak berniaga tepi jalan, ada seorang hamba Allah ni singgah ke gerai aku.

"Aku tak rapat pun dengan pelanggan tu, tapi aku perasan dia pernah beberapa kali datang membeli di gerai aku ni. Sambil pelanggan tu ambil makanan, dia bertanya beberapa soalan dekat aku, aku jawab je la seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga yogurt sangsi individu gigih belajar resipi... Akhirnya jual produk sama, pelanggan jadi pesaing

ARTIKEL BERKAITAN: Senang-senang dapat RM100 sejam... Peniaga nanas bersaing dengan makcik tudung labuh jual kerepek - “Bisnes tagih simpati sangat berjaya”

"Antara soalan pelanggan tu, awak guna cheese jenis apa untuk makanan ni? Makanan yang ni macam mana awak masak? Disebabkan aku ni peramah orangnya, aku jawab satu persatu soalan tu, mungkin dia nak cuba sendiri dekat rumah.

"Tanpa aku sangka, beberapa minggu selepas tu, pelanggan yang sama buka gerai tak berapa jauh dari tempat aku berniaga. Menu dia pun memang tiru aku punya gerai, dasar muka tembok," ujar wanita tersebut terkilan.

Walau bagaimanapun, wanita itu tidak menyimpan dendam dan mendoakan individu tersebut dimurahkan rezeki.

Jangan risau, walaupun orang tu dah 'curi' resipi awak, tapi tiada siapa yang boleh ikut air tangan masakan kita.

WARGA MAYA

"Aku faham je konsep ambil inspirasi, tapi janganlah sampai berniaga makanan sama berhampiran gerai aku, satu hal pula tambah persaingan dekat kawasan ni.

"Aku dah jenguk gerai dia tu, makanan dia memang sama sebiji macam aku punya, banner kami je yang berbeza. Mana hilang common sense?

"Tak mengapalah, semoga dilipat gandakan rezeki awak ya. Sekarang saya tengah fikir idea baharu untuk menu saya," katanya mengakhiri bicara.

Peniaga bertukar pandangan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan semangat kepada wanita itu supaya tidak putus asa berniaga.

"Jangan risau, walaupun orang tu dah 'curi' resipi awak, tapi tiada siapa yang boleh ikut air tangan masakan kita. Teruskan jaga kualiti makanan, mesti pelanggan tak akan lari punya.

"Patutnya waktu orang tu tanya macam mana nak masak, awak jawab je, saya tak tahu, sebab ini resipi arwah mak. Jaranglah pelanggan kepochi nak tahu resipi masakan kita, biasanya pesaing je," demikian kata beberapa pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain