TIDAK dinafikan penguasaan bahasa Inggeris begitu penting pada masa kini, maka tidak hairanlah ramai ibu bapa akan memastikan anak-anak mereka dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Pelbagai usaha dilakukan ibu bapa dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan selain berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di rumah. Namun, segelintir anak-anak tidak didedahkan dengan pengunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sehingga menyukarkan mereka untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. Mangsa buli perlu melaporkan masalah yang berlaku. - Gambar hiasan Lebih menyedihkan apabila perkara itu menjadi punca kepada masalah buli di sekolah, seperti yang didakwa oleh seorang wanita mengenai anak lelakinya berusia lapan tahun. "Anak sulung saya, darjah dua kena buli dekat sekolah. Dia balik ke rumah dan beritahu ada budak sepak kaki dia tanpa sebab. Bila anak saya tanya 'Kenapa sepak? Saya tak buat apa-apa pun'. "Sebagai mak, saya hubungi guru kelas dan beritahu apa yang terjadi. Esok, cikgu hantar video dia berjumpa anak dan saksi kejadian. Saksi cakap, mana ada tendang, anak saya tipu, suka reka cerita. Dalam video tu nampak dia blur," dakwanya menerusi satu hantaran di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun berlalu, mangsa buli tuntut ‘hutang’ kemaafan daripada senior sekolah! Darah mendidih setiap kali terserempak ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka tunang pernah buli sepupu sampai sakit mental, sodok alat sulit guna penyapu... Wanita nekad batal nikah Tanpa mendedahkan lokasi sekolah, kata wanita itu, guru kelas berkenaan turut bertanya mengenai perkara itu kepada anaknya, tetapi hanya mendiamkan diri. "Saya tanya, kenapa dia tak jawab soalan cikgu dan kenapa tak cakap seperti yang dia ceritakan kepada saya. Dia cakap dia tak faham apa maksud tendang yang kawan dia sebut tadi. "Itu yang dia blur semacam tu. Dari situ saya sedar anak saya kena buli secara halus. Ada video kelas sambut hari jadi rakan sekelas, anak saya naik kerusi bersama murid lain, tiba-tiba dia terjatuh. Bila tanya, dia cakap ada budak tolak sedangkan dia hanya menyanyi lagu hari jadi sahaja," katanya. Selama ni membesar cakap Inggeris. Dekat situ juga bermulanya masalah komunikasi dengan rakan sebaya. IBU Susulan kejadian yang berlaku, wanita itu mulai menyiasat mengenai punca anaknya sering dibuli dan mendapati ia berpunca daripada masalah yang dihadapi anaknya sejak belajar di tadika lagi. "Saya ingatkan sebab dia mula masuk umur enam tahun berbanding kanak-kanak lain lima tahun. Masa lima tahun tu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi tak rasa nak hantar dia. Masa di tadika, dia baru beralih dari bercakap Inggeris kepada bahasa Melayu. "Selama ni membesar cakap Inggeris. Dekat situ juga bermulanya masalah komunikasi dengan rakan sebaya. Dia tak bergaul sangat sebab tak faham... bila tak faham dia jadi pasif di sekolah," katanya. Reaksi netizen Wanita itu mengakui kanak-kanak yang mempunyai berbeza daripada rakan-rakan sebaya berkemungkinan akan dipinggirkan. "Bila masuk darjah satu, masa hari prestasi anak saya nampak saya dan terus berlari sambil sandang beg. Masa tu ada kawan kelas dia cakap 'Belum balik lagi la, entah apa-apa la dia ni, dah la kerja sekolah selalu tak siap'. "Anak kita pula naif, apa kawan-kawan kutuk, dia senyap senyum je. Sekarang ni dah darjah dua, tapi dia masih ada masalah komunikasi dan interaksi serta susah untuk fokus dalam kelas. "Saya cadang nak bawa dia ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan, sama ada dia mengalami ADHD (Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif) atau autisme. Mungkin tiada apa-apa, tapi saya perlu lakukan sesuatu," katanya. Luahan wanita itu menarik perhatian warga maya dengan rata-ratanya berkongsi pengalaman sama, apabila mendakwa mereka turut dibuli gara-gara tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik. Kejadian buli di sekolah menjadi kebimbangan ibu bapa. -Gambar hiasan "Macam anak buah suami, sebab keluarga suami memang bahasa pertama mereka Inggeris, jadi anak buah memang tak pandai nak bercakap dalam bahasa Melayu. "Kawan-kawan ejek atau buli dia. Dia jadi tak tahu macam blur sebab tak faham kawan cakap apa. Sekarang saya banyakkan anak buah tengok kartun bahasa Melayu dan bercakap dengan dia dalam bahasa Melayu, sekarang dah nampak kemajuan dia. "Semoga dipermudah urusan. Anak saya pun ada masalah pergaulan dengan fokus dalam kelas. Umur 10, kerja sekolah terus siap. Kalau tak, memang tulis tajuk je, dia cuma siapkan subjek yang dia suka je, bahasa Inggeris," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube