ROSAK mood wanita ini apabila terjumpa cebisan kuku berinai dalam makanan yang dipesan dari salah sebuah rangkaian restoran terkenal. Berkongsi pengalaman, Shasha Nabila Norazli berkata, makanan yang dipesannya petang Isnin lalu dihantar ke sebuah hospital di Melaka memandangkan dia baru selesai menjalani pembedahan sinus. Sedang enak menikmati hidangan dipesan, tiba-tiba dia tergigit benda asing yang keras dan tajam yang berada dalam ayam. Perunding Takaful ini berkata, pada awalnya dia menyangka tergigit cebisan dawai dan segera mengeluarkannya dari dalam mulut. Pekerja perlu memakai sarung tangan ketika mengendalikan dapur dan makanan. -Gambar hiasan “Bermulalah episod kurang disenangi. Rupanya saya tergigit cebisan kuku, siap berlekuk dan berinai. “Macam-macam perasaan ada, sungguh meloyakan. Sudahlah baru lepas pembedahan. Terus tekak rasa gatal. “Sebelah malamnya suami gantikan makanan lain, tetapi saya masih tak dapat makan kerana terbayang insiden itu,” katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Pelik... kerap jumpa kuku, rambut dalam makanan, tak kira tapau atau masak sendiri - “Doakan aku kuat lawan hasad dengki manusia” ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan jumpa mata kail dalam kari kepala ikan, tapi aduan tak dilayan... Peniaga restoran hanya ‘refund’ 60 sen! Menurut wanita ini, dia langsung tidak menjangka perkara ini boleh berlaku lebih-lebih lagi rantaian restoran berkenaan bertaraf antarabangsa dengan pengalaman lebih 20 tahun. Katanya, sebagai pelanggan setia sejak bertahun-tahun lamanya, dia amat kecewa dengan apa yang berlaku. “Saya fobia untuk makan atau buat sebarang pesanan dari restoran itu lagi. Begitu juga dengan circle (orang sekeling) saya. Rupanya saya tergigit cebisan kuku, siap berlekuk dan berinai. SHASHA NABILA “Kecuaian ini membuatkan restoran berkenaan kehilangan pelanggan setia. Macam mana kuku boleh ada dalam makanan? Lemah dalam soal kebersihan. “Seharusnya, rantaian restoran ada di hampir seluruh negara ini lebih ketat dalam soal SOP (prosedur operasi standard) F&B (food and beverages),“ luahnya kecewa. Dalam pada itu, wanita berkata dia pada mulanya berhasrat menghubungi cawangan restoran berkenaan tetapi dirinya dihubungi dahulu oleh mereka. Katanya, dia mahu membuat aduan kepada pihak restoran supaya dapat memastikan pekerjanya lebih teliti dalam bab kebersihan dan penyediaan makanan. Shasha Nabila terkilan pekerja restoran abai aspek kebersihan. “Setakat ini, nombor talian cawangan berkenaan di Melaka tak dapat dihubungi. Saya sudah buat aduan dengan syarikat penghantar makanan. “Saya juga tinggalkan review di Google bahkan tag IG Story. Kini pihak restoran berkenaan sudah menghubungi saya dan membuat siasatan lanjut mengenai insiden berkenaan,” katanya. Kisah kuku berinai ini mula menjadi perhatian selepas rakan kepada wanita ini bertindak berkongsi tentang kisahnya menerusi aplikasi Threads. Perkongsian itu turut mengundang warga maya berkongsi pengalaman mereka termakan benda asing dalam makanan yang dibeli. “Aku pula pernah terkena dekat kedai minuman di KLCC. Sedut air tiba-tiba ada benda keras. Kuku weh! Terus tak pergi dah. “Beberapa tahun lepas saya terkena juga tapi bukan restoran sama. Saya sedap makan aiskrim, rasa benda keras cucuk lidah. Luah tengok, rupanya kuku! Adoi loya. “Tetiba nak kongsi fasal kuku juga. Hari tu pergi kedai kopi nak sarapan, sekali tengok pekerja kedai tengah sedap kepit kuku,” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube