suria

Busuk hati tak mahu pemilik homestay buat untung, penyewa pasang ‘aircond’ 24 jam walau tiada orang di rumah

Inap desa atau homestay menjadi pilihan bagi pengembara terutamanya bagi yang berkeluarga.

MUSIM cuti akhir tahun kembali lagi, maka tidak hairanlah ramai yang sudah mula merancang percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tempahan penginapan seperti hotel dan homestay sepanjang tempoh ini pastinya laris bak pisang goreng panas.

Dalam keterujaan bercuti dan menginap di homestay, namun ada penghuni yang mengambil kesempatan ke atas kemudahan yang disediakan pemilik pemilik atau tuan rumah.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang lelaki tidak menyangka rakannya tergamak untuk melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perniagaan homestay yang turut diusahakannya.

Penyaman udara merupakan antara kemudahan yang disediakan oleh pengusaha homestay. -Gambar hiasan

"Borak dengan kawan, buka topik homestay. Kawan aku cakap dia duduk homestay, dia buka lampu, kipas dan aircond 24 jam walaupun tiada orang dalam homestay.

"Alasan dia tak mahu bagi tauke homestay untung," katanya dalam hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Usir tetamu, campak keluar barang! Pemilik homestay dedah kisah sebenar - “Ada duit bukan pelepasan buat apa saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Tempah sebulan lebih awal, tetamu terkedu tengok homestay tiada meter air! Tuan rumah tak rasa bersalah, tiada kata maaf

Menurutnya lagi, dia sama sekali tidak menyenangi tindakan rakannya itu kerana menyifatkan ia sebagai satu penganiayaan.

"Aku maki kawan aku cukup-cukup, beritahu dia bahawa tindakan macam tu adalah satu penganiayaan. Lagipun ini satu pembaziran.

"Hari ni aku buka WhatsApp, aku kena block dengan kawan aku. Tak apalah," ujarnya.

Kalau pakai harta orang, jaga macam harta sendiri.

NETIZEN

Umum mengetahui setiap pengusaha homestay perlu menanggung kos utiliti seperti penggunaan elektrik dan air.

Itu belum lagi kos lain yang meliputi pembersihan dan penyelenggaraan.

Justeru dengan penggunaan elektrik tanpa penjimatan akan menyebabkan bil elektrik melambung, ia sekali gus menjejaskan keuntungan bisnes homestay.

Tiada penjimatan dalam penggunaan penyaman udara boleh menyebabkan bil elektrik melambung tinggi. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen membantah tindakan rakannya itu yang dianggap bukan sahaja menganiaya pemilik rumah, malah ia merupakan pembaziran.

"Kenapalah busuk hati sampai macam ni perangai?

"Pembaziran dan dosa tak kira agama. Kalau tak mahu tauke homestay untung, lebih baik duduk rumah je. Mindset ni sangat bahaya.

"Ingat semua tu akan berbalik (balasan) kepada kita sendiri. Sebab tu kalau pakai harta orang, jaga macam harta sendiri," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga gerakan mahu menyenaraihitamkan rakannya bagi mengelakkan kejadian berulang di homestay yang lain.

"Kalau boleh kongsi nombor telefon kawan tu elok juga. Lepas ini semua pengusaha homestay akan blacklist dia," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain