PERCAYA dan jujur antara satu sama lain merupakan elemen penting dalam setiap hubungan termasuk percintaan agar ia berkekalan. Namun insan dengan benteng iman yang rapuh cenderung mempunyai sisi gelap yang disembunyikan daripada pasangan. Melalui satu luahan tanpa nama di media sosial, seorang individu tampil mengajukan soalan sensasi yang mengundang warga maya untuk membuat pelbagai pendedahan mengejutkan. Perempuan juga mampu bermain kayu tiga dalam hubungan. -Gambar hiasan "Kepada kaum Hawa, cuba ceritakan satu penipuan yang kalian pernah buat kepada lelaki," soal individu terbabit. Dalam deretan komen yang beraneka ragam itu, ternyata pengakuan seorang wanita berjaya mencuri tumpuan ramai. Difahamkan sudah tujuh tahun dia menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya. Bagaimanapun menurut wanita tersebut di pertengahan hubungan itu, dia berlaku curang. ARTIKEL BERKAITAN: Jijik diajak berasmara, anak perempuan ludah muka bapa! - “Derhaka ke aku? Dia panggil aku murahan” ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 4 bulan nak kahwin, wanita sangsi kemampuan bakal suami gaji RM2,000... Ex-BF kerja doktor pula kembali ketuk pintu hati "Tujuh tahun dengan boyfriend aku tu, tahun kelima aku kahwin dengan orang lain secara senyap-senyap. Aku tak maklumkan kepada sesiapa pun. Aku tak post langsung dekat media sosial tentang pernikahan tu. "Sampai sekarang boyfriend tak tahu yang aku ni sebenarnya isteri orang. Tapi memandangkan kami jalinkan perhubungan jarak jauh (PJJ), maka senang sikit aku nak simpan rahsia ni. "Sepanjang tempoh dua tahun penipuan ni berjalan, aku layan boyfriend aku sama seperti waktu dulu-dulu, tiada apa yang berubah. Tak dapat bayangkan apabila tiba harinya nanti boyfriend aku dapat tahu yang aku sudah bersuami. Perempuan ni kalau bab permainkan lelaki memang nombor satu, susah betul nak hidu dia punya muslihat. WARGA MAYA "Mesti ramai yang akan tanya kenapa aku buat macam ni, aku pun tak tahu apa jawapannya... benda memang nak jadi," ujar wanita itu bersahaja. Menjengah ke ruangan komen balas, perkongsian tersebut dilihat menanam rasa sangsi dalam kalangan warga maya. "Alamak, perempuan ni kalau bab permainkan lelaki memang nombor satu, susah betul nak hidu dia punya muslihat. Tapi saya percaya dengan kuasa Tuhan, kalau kebenaran tu nak keluar, tiada apa yang boleh halang. Pelayar bertukar pandangan. "Kejamnya apa awak buat ni, lelaki tu bukan main setia lagi, tapi awak khianati dia macam tu je. Saya takut dengan perempuan zaman sekarang, isteri sendiri pun saya dah rasa was-was ni. "Mungkin dalam diam, isteri saya sudah ada suami kedua? Tak tahu nak percaya siapa lagi dah. "Kaum lelaki jangan risau, kami yang perempuan pun tak sokong apa minah ni buat, murahnya maruah awak," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube