ADAB menjadi jurujual perlulah menghormati pelanggan dan berlapang dada jika tiada yang berminat dengan produk ditawarkan.
Jangan sesekali meninggi suara atau memperlekehkan pelanggan kerana mereka pasti mempunyai alasan tersendiri apabila menolak.
Seorang wanita meluahkan rasa geram terhadap seorang jurujual yang dianggap biadab kerana mengeluarkan kata-kata kesat gara-gara enggan membeli penapis udara.
Kediaman bersih sentiasa menjadi idaman semua orang. Gambar hiasan
Menceritakan tentang kejadian tersebut, pada awalnya jurujual itu menghubungi suaminya dan menawarkan produk berkenaan yang perlu dibayar secara bulanan.
Namun, suaminya memberitahu bahawa dia mahu bertanya kepada isteri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Menerusi hantarannya di media sosial, dia juga ada berkongsi perbualan di WhatsApp antara jurujual berkenaan dengan suaminya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tambah hutang sebab kasihankan jurujual! Kena ada kemahiran menjawab, tepis tawaran
ARTIKEL BERKAITAN: Cepat betul berhabuk, entah dari mana datang... Cuba buat 6 perkara ini ketika cuci bilik tidur, pasti kurang berdebu
"Tak sayang anak la tu. Ambil sebab anak, takut bini la encik ni," kata jurujual tersebut.
Lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa mereka tidak berminat dan pada masa yang sama memberitahu isterinya seorang yang rajin mengemas.
Ramai je jurujual lain yang sopan walaupun kita tak berminat.
PELANGGAN
"Ye la tu rajin, kalau suri rumah sepenuh masa pun berhabuk juga.
"Kedekut awak ni untuk kesihatan keluarga. Lain kali jangan takut bini," jurujual itu membalas mesej suami.
Jurujual berkenaan kemudian menyekat nombor suaminya yang mahu membuat aduan kepada khidmat pelanggan.
Malah, nombor wanita itu juga disekat selepas dia menghubungi jurujual berkenaan.
Orang ramai perlu bijak merancang kewangan dan mengelak menambah hutang. -Gambar hiasan
"Dia sekat saya tanpa memohon maaf. Kalau nak buat jualan pun bukan macam ni caranya.
"Ramai je jurujual lain yang sopan walaupun kita tak berminat. Tolong hormat pelanggan," katanya.
Mengulas lanjut, katanya, dia mempunyai alasan menolak membeli produk berkenaan, antaranya tidak mahu menambah komitmen mereka sekeluarga.
"Saya geram bila dia merendahkan suami saya. Tiada niat pun nak viral. Tapi ini untuk pengajaran.
"Saya baru buat aduan pagi tadi menerusi emel. Saya tak tahu berapa ramai pelanggan yang kena dengan mulut dia ni," katanya.