DALAM kehidupan rumah tangga pastinya banyak dugaan dan cabaran yang datang dalam pelbagai bentuk, termasuk hubungan dengan keluarga mentua.
Begitu juga dengan wanita ini yang mana suaminya sering menjadi mangsa sindiran keluarga terutama kakak kandung sendiri selepas mengganggur selama dua bulan.
Tindakan tersebut membuatkan wanita ini 'panas hati' sedangkan suaminya tetap menjalankan tanggungjawab dengan memastikan keperluan keluarga mencukupi.
Seorang isteri kurang senang kakak ipar seolah-olah menghasut ibu mentua. -Gambar hiasan
"Suami saya tak kerja sudah dua bulan tau. Tapi dia masih berusaha cari duit bagi anak bini dan mak dia makan. Susu, lampin pakai buang semua mencukupi.
"Pagi tadi saya dengar kakak kepada suami saya telefon mak dia. M***l (nama suami) tak kerja lagi ke? Bukan main... tak kerja, makan sedap-sedap.
"Saya sebagai isteri rasa 'berangin' bukan sebab apa... asal makan ketam, siakap tu mahal ke? Saya beli yang frozen (sejuk beku) punya. Harga tujuh ekor baru RM15," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga mentua tak ‘cover’ perangai pelik, datang jamuan famili bawa kari kambing sendiri... Makan sesama anak-beranak dia je!
ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkejut gaya hidup mentua! Setiap hari bangun lewat, tengah hari baru keluar bilik... 'Bising' kalau tak sedia sarapan
Menurut wanita ini lagi, dia sangat tidak senang dengan sikap kakak ipar yang menghubungi ibunya semata-mata untuk tahu apa yang dimakan keluarganya setiap hari.
Selama tujuh tahun berkahwin, wanita ini menjelaskan bahawa dia sudah terbiasa dengan sikap setiap seorang ahli keluarga mentuanya.
Namun, penghinaan berterusan yang dilemparkan terhadap keluarganya terutama selepas suami tidak bekerja membuatkan dia makan hati.
Jangan tunjuk dekat media sosial atau block je orang-orang macam tu.
NETIZEN
"Saya kenal sangat dah mereka ni macam mana. Mereka bukan jenis ambil kisah je tapi siap pakej menghina sekali.
"Dia bukan tahu apa adik dia buat, tahu nak judge je. Janji mak dia sihat dengan kami pun sudah cukup," katanya.
Hantaran yang dibuat mendapat perhatian warganet yang memberikan pelbagai reaksi dan pandangan.
Komen netizen di media sosial.
Rata-rata memberikan cadangan tentang apa yang patut dilakukan bagi mengelakkan daripada perkara sama berulang pada masa akan datang.
"Kalau nak hidup tenang, hide semua status media sosial dari keluarga mentua. Masa makan sedap nampak, masa susah tak ada siapa nampak.
"Jangan tunjuk dekat media sosial atau block je orang-orang macam tu. Dia sakit mata, awak pula sakit hati bila dia komen macam-macam.
"Lepas tu suka bandingkan suami kita dengan adik beradik lain kan. Padahal suami kita yang ni la jaga mak bapa. Yang lain? Semua taat suami. Suami kita je kerja sendiri. Yang lain hebat-hebat belaka," komen beberapa netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube