SEORANG wanita berasa pelik apabila jirannya sering muncul dalam keadaan tidak senonoh apabila keluar dari rumah untuk mengambil bungkusan yang dihantar oleh rider.
Apa yang lebih membuattkan dia sakit hati, hanya suaminya pernah menjadi 'saksi' kejadian-kejadian itu.
Menerusi posting yang dibuat di media sosial, dia menceritakan bagaimana jirannya yang merupakan seorang wanita, kerap membuka pintu rumah dengan hanya berkemban, memakai bra (coli) atau legging (seluar ketat).
Seorang lelaki mengadu kepada isteri mengenai sikap jirannya. -Gambar hiasan
"Pintu rumah buka seluas alam lepas tu pakai bra. Bila suami keluar baru kelam kabut tutup pintu. Benda ni sudah jadi banyak kali.
"Ada kejadian lagi satu, dia nak kunci pagar pun pakai bra dan legging. Semua kejadian ni jadi bila suami saya je nampak. Sepanjang saya duduk rumah tak pernah sekali pun nampak pakai begitu.
"Patut ke saya berfikiran positif dan husnuzon lagi? Rumah saya ni, buka pintu nampak rumah dia. Jadi dekat sini macam mana nak buat-buat tak nampak? Terang-terang buka pintu, nampak rumah dia," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Staf kurier silap hantar parcel, set kamera sampai ke tangan orang lain! Penerima pula sukar dijejak - “Kau dapat barang salah, tapi kau diam?”
ARTIKEL BERKAITAN: Abang kurier membebel kerenah customer COD... Ada 3 kategori, yang ketiga level ‘puaka’!
Menurut wanita ini, selepas suaminya beberapa kali memberitahu tentang apa yang dilihat, dia cuba bertanya kepada jiran-jiran lain sama ada pernah melihat 'adegan' sama.
Namun, jawapan yang diterima amat mengejutkan apabila tiada seorang pun pernah melihat wanita itu dalam keadaan seperti yang diceritakan oleh suaminya.
"Sebelum ni sudah dua hingga tiga kali suami cakap benda ni dekat saya tapi saya jenis lantak la. Rumah dia biar la nak pakai apa pun.
Tapi kalau suami puan yang jujur beritahu maksudnya dia pun sangat tak selesa.
NETIZEN
"Bila jadi lagi ni terus saya tanya jiran tepi rumah ni. Sebelum ni pernah nampak perempuan tu macam ni? Katanya tak pernah pun. Jadi kat sini saya pelik kenapa suami saya je nampak," katanya.
Kini, dia berada dalam dilema sama ada perlu membiarkan sahaja perkara ini berlaku atau memberitahu suami kepada jirannya.
Tetapi dalam masa sama, dia bimbang jika perkara ini dibangkitkan, hubungan dengan jiran tersebut akan menjadi tegang apatah lagi dia baru berpindah ke situ.
Komen netizen di media sosial.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons netizen yang rata-rata tampil memberikan pendapat.
"Bagi saya kalau orang sihat mentalnya, cukup imannya tak buat macam ni. Kita ni kalau nak berkemban langsir pun tutup.
"Tapi kalau suami puan yang jujur beritahu maksudnya dia pun sangat tak selesa. Kita ni kalau keluar rumah mesti sentiasa perhati luar.
"Bukan mata melilau tapi kena peka juga apa-apa yang bahaya. Wanita memang sifatnya malu. Ni memang saja-saja nak tayang, lain macam," demikian antara komen netizen.