MASALAH sering terjadi dalam kehidupan berkeluarga, kebiasaannya melibatkan hubungan antara menantu dengan ibu mentua serta ipar duai.
Seorang wanita meluahkan rasa serba salah untuk menegur sikap ibu mentua dan kakak iparnya selepas mereka banyak berjasa kepada dirinya khususnya ketika dia bersalin dan berpantang.
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, walaupun terhutang budi, terdapat beberapa tindakan mentua serta ipar yang membuatkan dia berasa tidak selesa.
"Macam mana nak tegur mak mentua dengan kakak ipar ye. Saya serba salah sebab semasa saya berpantang dulu, mereka banyak tolong saya.
Masalah melibatkan mentua sering dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan
"Mandi, siapkan anak, masak dekat saya, bagi nasihat dan baju. Saya betul-betul berterima kasih untuk semua tu. Tapi kadang rasa tak berkenan dengan cara mereka uruskan anak saya," katanya memulakan cerita.
Menurut wanita ini, apa yang dilakukan keluarga mentuanya itu dianggap melampau malah dilihat menyeksa anaknya yang masih kecil.
Jelasnya, kakak iparnya sering bersikap melebih-lebih apabila sering mengatur waktu tidur anaknya dan menidurkannya dengan cara begitu kasar.
"Tapi kadang tu saya ada rasa tak berkenan dengan cara mereka uruskan anak saya. Bila anak saya tidur petang, kakak ipar tonyoh muka anak saya macam span.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak suka menangis tanpa sebab, ibu cuba uji mentua! Sah nenek cubit cucu, mentang-mentang belum pandai cakap
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil sakitkan diri, cubaan seksa anak dalam kandungan! - “Aku terpaksa pukul sebab stres”
"Alasan, jangan bagi anak tidur lama nanti malam tak boleh tidur. Kalau anak saya baru setengah jam lepas menyusu malam, kakak ipar datang bawa susu lagi sebotol sumbat.
"Anak saya tu menggeleng-geleng tak nak tapi dia tetap tonyoh puting botol dalam mulut anak paksa habiskan. Sedih saya," luahnya, kecewa.
Disebabkan sikap mentua dan ipar, dia sering berasa tertekan setiap kali suami membawanya pulang ke rumah mentua kerana simpati melihat anaknya dikasari.
Kena tegas dalam soal ini sebab saya bab anak ini memang jenis tegas dengan sesiapa.
NETIZEN
"Bila saya suarakan ketidakselesaan ni dekat suami, dia cakap apa yang saya nampak mungkin macam tak elok tapi sebenarnya itulah yang terbaik sebab kakak-kakak tu dah banyak anak, banyak pengalaman.
"Mak mentua pula, asal ada saudara mara yang entah dari mana datang ke rumah, suka bagi mereka dukung anak saya seawal anak saya umur tiga minggu.
"Hari tu dah kantoi depan saya pergi calit sos lasagna dekat bibir anak saya masa umur tiga bulan," ujarnya lagi.
Luahan wanita ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut berasa tidak puas hati dengan sikap keluarga mentuanya.
Komen netizen di Facebook.
Rata-rata memberikan pendapat kepada wanita ini supaya mengambil tindakan selanjutnya untuk kebaikan sendiri.
"Kena tegas dalam soal ini, sebab saya bab anak ini memang jenis tegas dengan sesiapa. Saya rasa tak berkenan saya tegur je. Tapi dengan cara baik la.
"Kembung la perut anak tu. Anak tu kecil tak tahu nak membalas jawab. Awak nampak tu sila la 'buka mulut' pertahankan demi anak. Sound sekali bapanya tau buat anak, jaganya tak endah," antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube