suria

Tanya tak jawab, apa guna grup WhatsApp? Ibu bapa bengang ‘disidai’ guru kelas anak - “Dia abai macam tu je”

Grup WhatsApp melibatkan guru dan ibu bapa sepatutnya lebih memudahkan urusan persekolahan anak. -Gambar hiasan

KEWUJUDAN kumpulan WhatsApp melibatkan guru dan ibu bapa pelajar sememangnya dapat membantu memudahkan komunikasi berkaitan hal persekolahan.

Namun, komunikasi dua hala yang diharapkan dengan adanya kumpulan ini tidak berkesan jika tiada respons daripada pihak yang sepatutnya memberi maklum balas.

Situasi inilah dialami seorang bapa yang bengang dengan tindakan guru kelas anaknya yang berdiam diri apabila diajukan pertanyaan sedangkan sesi persekolahan akan bermula beberapa hari lagi.

Penting hubungan baik antara guru, ibu bapa dan pelajar. - Gambar hiasan

Penting hubungan baik antara guru, ibu bapa dan pelajar. -Gambar hiasan

"Kenapalah susah sangat cikgu nak balas WhatsApp ibu bapa dalam grup kelas? Bukan soalan-soalan bodoh ye, kadang memang soalan yang memang memerlukan penjelasan daripada cikgu.

"Tapi dia abaikan macam tu je. Tak semua orang bijak macam cikgu, hormat la ibu bapa juga. Tak kan satu hala punya penghormatan yang cikgu harapkan," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Arahan diberi dengan jelas, mak ayah murid nak juga mesej tanya di WhatsApp... Cikgu penat layan kerenah orang tua tak faham bahasa!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak disuruh ponteng, tak mampu bawa makanan jamuan ‘potluck’ sekolah... Ibu kecil hati baca mesej cikgu di grup WhatsApp

Perkongsian itu disokong ibu bapa lain yang mendakwa berdepan nasib sama.

"Selalu kena, ni bukan untuk semua cikgu, tapi cikgu yang pemalas rasanya. Kebanyakannya cikgu lelaki dan tua.

"Dah bertahun anak-anak sekolah tiada masalah, tapi tahun ni ya ampun, sakit jiwa. Tanya tak berjawab," kata seorang ibu.

Saya yang cikgu ni pun marah kalau kena sidai dengan cikgu anak-anak.

GURU

Namun apa yang mengejutkan, hantaran ini turut disokong oleh ibu bapa lain yang bertugas sebagai pendidik.

"Saya yang cikgu ni pun marah kalau kena 'sidai' dengan cikgu anak-anak sebab kita kalau sebolehnya cuba santuni persoalan ibu bapa dengan sebaiknya.

"Haih! Ntah la. Masalah perangai," kata seorang guru.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

"Kami tak harapkan balas terus pun, cuma jangan 'sidai' macam tu je ibu bapa' yang bertanya sebab dia memang tak balas langsung.

"Kadang kesian tengok ibu bapa yang betul-betul tak tahu," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain