TIDAK semua wanita sanggup untuk berkongsi kasih sayang dengan perempuan lain sebagai madu mereka.
Terpalit dengan situasi sama, seorang wanita meluahkan rasa terkilan terhadap tunangnya sebagaimana diluahkan di X.
Katanya, dia terpaksa memutuskan tali pertunangan mereka walaupun bakal suaminya itu mempunyai ciri-ciri lelaki idaman.
Poligami dibenarkan dalam Islam bagi yang berkemampuan. -Gambar hiasan
"Saya baru je putuskan tali pertunangan saya dan pasangan. Dia sempurna, selalu belanja saya macam-macam.
"Cakap pun lemah lembut, baik, bijak pandai dan tak pernah cakap 'tidak' dekat saya," ujarnya.
Bagaimanapun, keputusan untuk berpisah itu dibuat apabila dia tidak bersetuju dengan cadangan lelaki ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Jurutera gaji 18K nikah bini nombor 2! Isteri pertama tolong carikan... Beban berkurang, bahagi ‘tugas’ layan batin suami dengan madu
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak kisah kongsi kasih, pujuk pasangan cari ‘madu’... Ramai tegur jangan pelik-pelik, nanti meroyan
Menurut wanita ini, pemuda tersebut berhasrat untuk menjadikan dirinya sebagai isteri kedua.
Cadangan itu timbul disebabkan bekas tunangnya itu terpaksa mengikut rancangan perkahwinannya dengan wanta lain pilihan keluarga.
"Tapi sebab yang buat saya buat keputusan untuk putus, dia ada 'arranged marriage' dan nak jadikan saya isteri kedua selepas selesai bernikah dengan pilihan famili dia.
Elok makan hati sekarang dari makan hati lepas kahwin dan dua hati terluka.
NETIZEN
"Saya rasa lemah gila nak buat keputusan ni sebab dia lelaki yang baik tapi saya tahu saya susah nak reda dalam perkahwinan berpoligami.
"Tolong 'pujuk' saya. Saya harap saya boleh cari seseorang yang lebih baik," ujarnya dalam hantaran tersebut.
Susulan luahan dibuat oleh pengadu, ramai yang memberikan cadangan kepadanya.
Rata-rata warganet tidak bersetuju sekiranya wanita ini mahu meneruskan lagi hubungan sebagai isteri kedua lelaki tersebut.
Komen netizen di X.
"Baik, awak boleh cari seseorang yang lebih baik. Elok makan hati sekarang dari makan hati lepas kahwin dan dua hati terluka.
"Yang saya pelik tu famili dia bagi mereka bertunang lepas tu paksa dia kahwin dengan orang lain? Ada yang tak kena dekat mana-mana.
"Dia baik tapi kalau mentua tak suka tak kan lepas kahwin awak nak gaduh dengan mak ayah dia? Hubungan mak ayah dengan anak tak kan putus tau. Cari orang lain ye. Semoga jumpa suami baik, mentua dan seluruh famili baik," antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube