suria

Bising-bising ‘claim’ keris, batik... Wanita Indonesia mula sedar hakikat lepas merantau ke Malaysia

Ramai rakyat Indonesia berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki. -Gambar hiasan

MALAYSIA dan Indonesia merupakan dua negara jiran yang mempunyai banyak persamaan dari segi budaya, bahasa dan sejarah.

Namun agak tidak sedap didengar apabila ada segelintir pihak mendakwa Malaysia meniru atau mencuri budaya dari Indonesia.

Tuduhan ini menyebabkan berlaku ketegangan di media sosial sedangkan budaya itu sudah wujud sejak zaman-berzaman.

People spend their time with family during long school holidays at KLCC park, Kuala Lumpur. — FAIHAN GHANI/The Star

Malaysia juga sering menjadi destinasi pilihan pelancong dari negara jiran. -Gambar hiasan

Di TiKTok, seorang wanita Indonesia berkata dia menyedari dakwaan tersebut tidak benar setelah berpindah dan menetap di Malaysia.

"Ternyata Malaysia tak pernah tiru atau curi budaya kita. Tapi memang banyak budaya kita yang sama kerana nenek moyang kita kan sama-sama bangsa Melayu.

"Dari segi makanan, budaya, sejarah banyak yang sama. Setelah pergi dan tinggal di sini (Malaysia) baru tahu kenyataannya. Kenapa hal-hal begini harus kita berbohong?"

Jujur ya, setelah saya di sini baru faham yang semua itu adalah bahagian daripada budaya bangsa Melayu dari dulu.

WANITA INDONESIA

"Kalau tak ke Malaysia, saya memang tak akan pernah tahu kebenarannya. Kerana suami kerja di bidang pendidikan, jadi kita ternampak banyak budaya yang memang sama," tulisnya.

Berdasarkan pemerhatiannya, wanita itu berkata dia melihat terlalu banyak persamaan antara Malaysia dan Indonesia.

"Kalau dulu bising-bising mengaku bab keris, batik dan rendang. Jujur ya, setelah saya di sini baru faham yang semua itu adalah bahagian daripada budaya bangsa Melayu dari dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Indonesia terkejut orang Malaysia tak berebut tempat duduk dalam MRT, berbeza dengan Jakarta!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Indonesia bongkar taktik perdaya penjaga kaunter tiket di Malaysia... Cakap bahasa Melayu terus dapat murah!

"Dan kita ini juga bangsa Melayu, jadi bukan kerana tiru tapi memang budaya di Indonesia dan Malaysia itu mungkin 80 peratus sama. Yang berbeza adalah di sini dah lebih maju," tambahnya.

Video yang dikongsi wanita itu menerima lebih 230,000 tontonan dan turut dihujani banyak komen netizen.

"Di Malaysia juga ada Jawa, Minang, Bugis dan Banjar. Kita serumpun.

A check on the MRT station at Mutiara Damansara, May 9, 2024. — GLENN GUAN/The Star

Malaysia dianggap sebagai 'lubuk rezeki' oleh orang luar. -Gambar hiasan

"Terima kasih membuktikan budaya bukan ditiru tapi sudah jadi adat turun temurun nenek moyang kita yang terpisah antara benua.

"Ya nama pun serumpun, pasti banyak yang sama," tulis netizen.

 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain