suria

Mak ayah keras hati, tak ampun dosa adik... Kakak rayu minta bimbing, bukan dibuang keluarga tanpa ihsan

Seorang kakak bersimpati dengan nasib yang dialami adiknya. -Gambar hiasan

MANUSIA yang dikawal hawa nafsu pasti akan melakukan kerosakan dalam hidupnya.

Walaupun hanya dengan satu kesilapan, ia akan meninggalkan kesan mendalam yang cukup merugikan.

Begitulah rintihan seorang kakak mengenai adik lelakinya yang tersilap langkah hingga dibuang keluarga dan dihalau keluar dari rumah.

Difahamkan bahawa si adik disisihkan oleh keluarga tanpa diberi peluang kedua gara-gara melakukan satu perbuatan terkutuk.

Kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa saja. -Gambar hiasan

"Hati rasa berat, fikiran serabut. Marah, kecewa, sedih, semua bercampur. Saya tak sangka famili sendiri sanggup buat macam ni. Adik lelaki saya bukan jenis yang kurang ajar.

"Selama 20 tahun hidup, tak pernah sekali pun dia tinggikan suara. Dia sentiasa hormat mak ayah, selalu utamakan orang lain sebelum diri sendiri.

"Kalau saya susah, dia yang pertama datang tolong. Kalau mak ayah perlukan sesuatu, dia yang akan tampil bantu. Dia anak yang baik, terlalu baik," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebenaran terbongkar lepas sebulan tunang, pasangan kantoi skandal janda berumur! Bakal mentua minta peluang kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Teman wanita berubah sikap lepas masuk badan beruniform, tak pandang BF kerja pejabat... Kantoi dapat bunga hari tamat latihan!

Tanpa memperincikan kesilapan dilakukan si adik, wanita itu berkata sejak perbuatan itu terdedah, ahli keluarganya mula menjatuh 'hukum'.

"Dia kantoi dengan girlfriend dia, kantoi buat benda yang semua orang tahu salah. Saya tak nafikan, memang itu satu kesilapan.

"Tapi cara dia dihukum? Sumpah saya tak boleh terima. Mak ayah terus halau dia macam dia bukan darah daging sendiri. Macam semua kebaikan yang dia pernah buat tak ada makna langsung.

"Satu kesalahan cukup untuk padamkan segalanya," ujarnya.

Saya tak tahu dia dekat mana. Tak tahu dia okey ke tak.

KAKAK

Menurut wanita itu lagi, dia faham situasi tersebut membangkitkan kemarahan keluarganya, apatah lagi ia salah dan dilarang dalam agama.

"Saya faham mereka marah. Saya faham daripada segi agama, benda tu salah. Tapi dia manusia. Dia ada perasaan, dia ada nafsu, dia ada kelemahan," katanya.

Seorang pemuda yang sebelum ini menjadi harapan keluarga. -Gambar hiasan

Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa luahannya itu bukan untuk menidakkan kesalahan yang dilakukan oleh adik lelakinya, tetapi mengharapkan ahli keluarganya sendiri beri peluang kedua.

"Saya bukan nak backup dia, tapi adakah sebab satu kesalahan, terus kena buang macam tu? Kenapa tak cuba bimbing dia? Kenapa lebih senang halau, biarkan dia terkontang-kanting seorang diri? Macam dosa dia terlalu besar sampai dia dah tak layak disayangi lagi.

"Saya cuba lawan, cuba pertahankan dia. Saya merayu, cuba pujuk mak ayah, cuba buat mereka faham. Tapi saya perempuan, suara saya tak ada nilai.

"Yang saya mampu, cuma tengok adik pergi. Sekarang saya tak tahu dia dekat mana. Tak tahu dia okey ke tak. Tak tahu dia makan ke tak, tidur ke tak. Yang saya tahu, dia keseorangan," luahnya.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri maksiat seperti zina kerana perbuatan itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain