suria

Bibik orang tempatan merungut disuruh masak sup ayam, sayur tumis... Belum cukup jam dah nak balik, alasan sakit tangan

Setiap wanita mempunyai kepakaran memasak yang berbeza-beza. -Gambar hiasan

MEMPUNYAI pembantu rumah sepatutnya memudahkan tugas harian, tetapi lain pula yang terjadi kepada sesetengah majikan.

Bukan sekadar enggan melakukan tugasan yang diminta, bahkan merungut dengan memberi pelbagai alasan yang memeningkan kepala.

Menurut cerita seorang wanita, dia terkejut apabila pembantu rumah yang disediakan syarikat suaminya tidak mahu melakukan tugas memasak di kediaman mereka.

"Dia kerja dari pukul 7 pagi hingga 2 petang, tapi selalu 1.45 petang dah bagi balik dah. Kerja dia basuh baju pakai mesin basuh automatik, sidai baju, iron baju, kemas rumah sikit-sikit sebab rumah memang tak sepah. 

"Aku jenis malam-malam pun kemas rumah sebelum tidur," kongsinya di laman sosial.

Pembantu rumah melakukan pelbagai tugasan seperti mengemas kediaman, membasuh dan mengeringkan baju. -Gambar hiasan

Namun tanggapannya terhadap pembantu rumah mereka berubah apabila pekerja domestik itu enggan memenuhi permintaannya untuk melakukan tugas tambahan.

"Semalam suami aku beritahu dia minta tolong masak lauk simple hari-hari, contoh sup ayam dengan sayur tumis. Famili kami makan simple je. 

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu marah bibik, datin terkedu dapat tahu pembantu rumahnya bukan biasa-biasa! Dulu perlekeh, kini kawan rapat

ARTIKEL BERKAITAN: Spotcheck telefon maid, majikan terkedu buka galeri foto! Bibik lebih banyak momen dengan anak

"Tapi dia kata tak sempat dan tak larat. Tangan dia sakit. Adakah kami ni tidak bertimbang rasa apabila suruh dia memasak?

"Makcik ni umur 57 tahun, dia nampak cergas dan sihat. Masih nak kerja. Kalau tak larat memang syarikat kata berhenti kerja je," ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Maid jiran semua masak-masak. Maid saya je paling santai.

WANITA

Menurut wanita itu lagi, dia bukan sewenang-wenangnya menambah beban kepada pembantu rumah itu, cuma keadaannya kini yang sedang sarat hamil menjejaskan keadaan kesihatannya.

"Memandangkan aku ni tunggu hari nak bersalin, kadang tak larat. Sebab anak empat orang memang aku yang urus. Dia memang tak layan la budak-budak ni.

"Aku minta urus rumah je. Dia pun siap sempat rehat makan-makan kadang-kadang. Baring pun ada. Adakah aku terlalu baik hati?" katanya.

Wanita usia lanjut memerlukan rehat yang cukup. -Gambar hiasan

Terfikir untuk memudahkan urusan memasak ketika berpantang selepas bersalin, namun kini dia tidak pasti dapat bergantung harap kepada pembantu rumah berkenaan atau sebaliknya.

"Dalam pantang nanti ada beritahu dia minta tolong panggang ikan begitu. Harap dia setuju la nanti. Saya selalu seminggu dah sihat dah.

"Dah beritahu dia semalam tolong sikit-sikit pun tak apa, tapi macam sedih dia WhatsApp pagi ni kata dia tak sempat (masak) dan tangan sakit, padahal banyak dah beri kelonggaran," jelasnya.

Tambah pengadu, dia buntu dengan situasi yang berlaku kerana pertama kali mempunyai pembantu rumah.

"Pertama kali ada maid, tak tahu nak handle macam mana. Syarikat suami tak ada letak skop tugas pun kerja dia, berbeza ikut tuan rumah. 

"Maid jiran semua masak-masak. Maid saya je paling santai, saya ingat nak minta tolong la dua minggu dalam pantang.

"Saya kata kalau makcik tak larat dah ni baik pencen. Dia jawab duk rumah tak buat apa juga, kalau kerja ada juga gaji. Tapi dia tak larat, selalu sakit badan. Kita ni jadi serba salah tau, macam kita jahat dera orang tua," luahnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain