BAZAR Ramadan pastinya menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa.
Bagi golongan bujang, bazar Ramadan semestinya antara lokasi wajib untuk dikunjungi.
Namun dalam kemeriahan orang ramai berpusu-pusu mengunjungi bazar, ada segelintir umat Islam memilih untuk berbuka puasa di masjid.
Kepenatan selepas bekerja seharian. -Gambar hiasan
Selain mudah untuk solat berjemaah dan mengeratkan silaturahim, kesempatan itu juga diambil untuk menikmati makanan secara percuma.
Seorang wanita yang belum berkahwin turut tidak terkecuali mengambil peluang untuk berbuka puasa di masjid.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda berduit terkedu harga bihun goreng dan ayam di bazar Ramadan, simpati jika pelanggan B40 yang beli
ARTIKEL BERKAITAN: Motosikal habis minyak, guru terkedu dengar alasan pelajar nak cepat balik lepas dibantu - “Muka rasa macam ditampar”
"Saya adalah perempuan yang buka puasa di masjid sepanjang Ramadan.
"Saya ni bujang, bekerja dan mampu beli makanan tapi saya memilih untuk makan di masjid," katanya.
Menerusi hantaran di laman sosial, wanita itu turut memaklumkan dia tinggal berjauhan dari keluarga demi peluang pekerjaan di bandar.
Jangan kisah apa orang fikir tentang awak, yang penting niat awak.
NETIZEN
Enggan dipandang serong oleh masyarakat, dia tertanya-tanya sama ada tindakannya berbuka puasa di masjid itu adalah tepat atau sebaliknya.
Ini kerana dia tidak mahu dilabel sebagai kedekut hanya kerana menikmati juadah berbuka puasa secara percuma di masjid.
"Adakah orang melihat saya sebagai kedekut? Apakah perspektif kamu?" soalnya.
Wang bukan menjamin kebahagiaan. -Gambar hiasan
Rata-rata netizen berpandangan agar wanita berkenaan tidak terlalu bimbang memikirkan kata-kata orang ramai kerana mana-mana umat Islam dialu-alukan berbuka puasa di masjid.
Malah kata mereka, ia juga salah satu cara untuk mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti bermanfaat selain solat berjemaah.
"Jangan fikir orang judge. Hakikatnya orang kat situ lagi suka sebab meriahkan masjid. Jangan kisah apa orang fikir tentang awak, yang penting niat awak.
"Bagus. Beli kat bazar membazir makan seorang. Lagipun awak mengimarahkan masjid. Makan kat masjid, tarawih sekali. Kot-kot makcik-makcik kat situ berkenan buat menantu.
"Kalau awak rasa kedekut, biasanya program macam ni memang masjid sediakan tabung. Letak duit sebulan makan, selesai. Kalau risau orang lain fikir awak kedekut, abaikan je fikiran negatif mereka," demikian antara komen netizen.