suria

Pakcik jual air kelapa tenang diuji... 4 biji siap dibelah, pelanggan tak jadi beli sebab tiada kod QR

Menjual air kelapa juga mempunyai cabaran seperti peniaga lain. -Gambar hiasan

MEMANG mudah berbelanja tanpa tunai kerana urus niaga dapat dilakukan lebih pantas dan selamat.

Hanya dengan mengimbas kod QR menggunakan telefon bimbit, transaksi pembayaran sudah selesai dilakukan.

Namun seorang pemuda diselubungi dilema ketika singgah di sebuah gerai menjual air kelapa.

"Berhenti tepi jalan beli air kelapa. Dengan yakinnya, aku pun order nak air kelapa empat biji.

"Aku tahu dah harga RM20. Tengah pakcik tu siapkan order, aku pun minta la kod QR, nak transfer duit," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Setiap peniaga berusaha keras demi mencari rezeki. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, pemuda berkenaan memberitahu dia tidak membawa sebarang wang tunai ketika itu.

Bagaimanapun, apa yang paling tidak disangka adalah reaksi yang diberikan oleh penjual air kelapa tersebut.

"Pakcik tu kata, saya tak ada QR. Aku balas, alamak... saya tak bawa duit.

"Tak apalah pakcik, minta maaf. Tak jadilah beli. Tak ada cash," ujarnya tanpa mendedahkan bila atau dimana berlakunya kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali jejak bazar Ramadan, habis RM150! Balik rumah terkejut, rasa tak masuk akal tengok makanan dibeli

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda berduit terkedu harga bihun goreng dan ayam di bazar Ramadan, simpati jika pelanggan B40 yang beli

Tidak melatah dengan pembatalan tersebut, peniaga itu tetap tenang walaupun sudah membelah empat biji kelapa yang dipesan pelanggan.

Malah, pakcik itu tetap melayannya dengan baik.

Kau ingat air dan isi kelapa tu boleh masukkan jadi buah sebiji balik?

NETIZEN

"Pakcik tu kata, tak apalah. Esok-esok datang la lagi.

"Aku cakap, eh tak apa ke ni? Betul ke pakcik," katanya lagi, mengimbas kembali perbualannya dengan penjual air kelapa itu.

Jika tiada wang tunai, pelanggan boleh mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terdekat. -Gambar hiasan

Perkongsian tersebut bagaimanapun membangkitkan kemarahan netizen kerana dianggap menyusahkan penjual air kelapa yang mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

"Kau ingat air dan isi kelapa tu boleh masukkan jadi buah sebiji balik?

"Mungkin itu adalah satu-satunya jualan yang pakcik tu dapat dan berharap untuk hari tu. Apa kau rasa kalau jadi pakcik tu dan pelanggan cancel lepas kau dah kopek empat biji kelapa tu? Kita ni manusia, ada akal dan fikiran.

"Biasakan sebelum beli tanya dulu boleh QR atau tak. Kau cancel empat biji kelapa yang dah dikopek, banyak tu mungkin pakcik tu takut tak ada yang nak beli. Jadi dia pun tawakal je la.

"Tak ada siapa larang kalau nak cashless. Tapi janganlah sampai cancel macam ni. Lain kali tanya dulu penjual ada QR tak. Kasihan pakcik tu, aku harap kau datang balik kat pakcik tu dan beli lebih kat dia," komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain