MEMBELI baju baharu untuk menyambut Aidilfitri sudah menjadi satu tradisi zaman berzaman agar si kita kelihatan cantik dan berseri di hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Namun, apa yang menjadi isu adalah harga baju raya yang semakin mahal sehingga dilihat sebagai satu pembaziran.
Seorang wanita dikenali sebagai Adalyna turut meluahkan kekecewaannya apabila mendapati harga baju raya tahun ini semakin mahal.
Wanita ini membuat luahan tentang harga baju raya menerusi TikTok.
Dalam perkongsian tular di TikTok, dia mengakui tidak bersetuju dengan harga baju raya yang kini mencecah RM300 dan ke atas.
"Saya nak minta tolong anda cadangkan jenama baju raya yang murah... murah tu maksudnya bukan RM300, RM400, RM500 atau RM600.
"Saya cari baju raya tadi, saya scroll, semua harga RM300 ke atas. Saya sakit kepala ya. Sejak bila kita normalkan baju yang harga tak masuk akal macam ni?" ujarnya.
Kita disunatkan memakai baju baharu di hari raya, bukannya beli baju baharu yang sampai kena buat loan, buat kaedah pembayaran fleksibel.
ADALYNA
Menurut wanita itu, dia juga enggan berhutang walaupun wujud mekanisme pembayaran masa kini yang membenarkan pembayaran secara berperingkat.
Malah katanya, kebanyakan wanita hanya menggayakan baju raya sekali sahaja, sekali gus membuatkan ia tidak berbaloi untuk berbelanja besar.
"Kita ni disunatkan untuk membeli dan memakai baju baharu di hari raya, bukannya membeli baju baharu yang sampai kena buat loan, buat kaedah pembayaran fleksibel.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar Aidilfitri putus asa baju Melayu tak laku, nasib berubah selepas kedai disinggahi lelaki Singapura
ARTIKEL BERKAITAN: Ada 7 beradik lelaki, pemuda akui lebih jimat beli kurta sempena Aidilfitri... Netizen pula berbalah isu tradisi baju Melayu
"Buat three months, six months installment, atau jenis beli dulu bayar kemudian. Janganlah amalkan sikap biar papa asal bergaya.
"Pakainya sekali setahun je pun, tak adanya anda nak ulang outfit tu sebab alasan dah post gambar, tak nak pakai dah. Ingat saya tak tahu ke perempuan," ujarnya lagi.
Video yang meraih 1.1 juta tontonan itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Ramai pelanggan masa kini memilih untuk membeli-belah secara dalam talian. -Gambar hiasan
"Setuju. Masalahnya design klasik opah-opah pun RM300 lebih. Terasa miskin kita ni sis.
"TikTok live bersepah kak (baju raya) bawah RM50. Nak dengan tak nak je.
"Seribu kali fikir nak beli. Dah la pakai setahun dua kali," tulis netizen.