MENDAPAT suami atau isteri yang baik juga dianggap sebagai satu rezeki.
Namun bukan semua individu dikurniakan rezeki sebegini kerana sesetengah orang akan diuji dengan pasangan yang mempunyai masalah sikap.
Sudah seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, sekali gus mengingatkan kembali kisah lama seorang wanita bersama bekas suaminya.
Setiap ibu mempunyai cara masing-masing dalam mendidik anak. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, dia mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang bersikap baran sehingga perkahwinan berakhir dengan penceraian.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami lebihkan isteri pertama setiap kali Ramadan, Aidilfitri! Wanita kini sedar tak indah jadi bini muda, asyik makan hati
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak kuasa kejut suami bangun sahur banyak kali, macam budak kecil! Netizen suruh layan bak raja, banyak pahala
Kehidupannya kini bagaimanapun amat berbeza apabila suami baharunya sangat mementingkan institusi kekeluargaan.
"Suami yang dulu simbah kuah gulai dekat anak sebab anak teringin pergi tarawih.
Semoga semua yang tersakiti Allah gantikan lebih baik macam ni.
NETIZEN
"Suami sekarang kendong tiga anak bawa pergi masjid tanpa disuruh pun," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Menurut wanita ini lagi, kehidupannya sebagai seorang ibu kini juga lebih baik berbanding sebelum ini selepas bernikah kali kedua.
Didikan agama membentuk keperibadian anak-anak. -Gambar hiasan
"Anak itu amanah untuk kita lindungi dan didik sebaik mungkin.
"Semoga mak yang terjerat dengan pasangan yang abusive (menganiaya) dapat selamatkan diri," ujarnya.
Sementara itu, postingnya juga mendapat perhatian netizen yang tumpang gembira melihat dirinya kini bahagia selepas hidup derita bersama bekas suami.
"Bodohnya jadi suami baran. Gembira untuk perkahwinan baharu! Semoga semua yang tersakiti Allah gantikan lebih baik macam ni.
"Gila punya ex. Biar nanti orang simbah dia pula.
"Ni baran tak berotak namanya. Baran pula aku," antara komen netizen.