MEMASUKI pertengahan Ramadan, ramai yang mula sibuk membuat persiapan menyambut ketibaan 1 Syawal tidak lama lagi.
Dalam kesibukan memilih baju mahupun kelengkapan raya, ada ibu bapa leka membiarkan anak mereka membuat 'nakal' di pusat beli-belah.
Tular rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dilihat asyik 'mencakar' kasut yang dipamerkan di rak, di dalam sebuah premis.
Menerusi rakaman berdurasi 14 saat itu, kanak-kanak tersebut melihat keadaan sekeliling sebelum mencakar sepasang kasut lelaki menggunakan kedua-dua tangannya.
Kanak-kanak berkenaan dilihat memandang sekeliling sebelum membuat 'kerja'.
Selesai membuat 'kerja', dia kemudian beredar dari rak tersebut, dan berjalan ke arah seorang lelaki dipercayai bapanya yang sedang duduk sambil mencuba kasut.
Menurut seorang wanita yang memuat naik rakaman itu, dia kesal kerana premis tersebut mengalami kerugian akibat kasut rosak selepas dicakar.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil dah pandai tampar kawan, bapa sedar anak tiru tindakannya! Menyesal guna 'hukuman' cubit, pukul di rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Mak berpurdah sibuk pilih baju, buat tak nampak anak sendiri buli bayi 8 bulan! Mula-mula dia lepuk, kemudian nak gigit kaki
"Cakar kasut kulit pakai kuku sampai bercalar-balar kasut kita. Memang boleh polish dan akan hilang, tapi bukan senang kita nak pujuk pelanggan untuk beli.
"Mak ayah, tolonglah ambil perhatian dengan anak-anak kecil. Walaupun budak ni tak kecil mana, kita masih boleh tegur anak-anak untuk behave (berkelakuan baik)," kata wanita yang dikenali sebagai Nurul Syuhada menerusi satu hantaran di laman sosial.
Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad di pusat beli-belah di utara tanah air, berdasarkan pautan lokasi video yang dimuat naiknya itu.
Cari mak ayahnya, suruh beli kasut tu. Biasa sangat tangan tu.
NETIZEN
Tegas wanita itu, barangan seperti kasut yang dijual di kedai bukanlah 'alat mainan' untuk kanak-kanak.
"Dalam shopping mall, barang yang kita jual bukan mainan untuk anak-anak main. Kalau nak main, mungkin boleh pergi dekat playground.
Menerusi ruangan 'story' dalam hantaran berasingan, wanita itu menunjukkan imej sepasang kasut lelaki daripada jenama terkenal, mempunyai kesan cakar yang teruk.
Kesan cakar pada sepasang kasut.
Menurut wanita itu lagi, dia mahupun kakitangan di premis tersebut tidak menyedari perbuatan yang dilakukan oleh kanak-kanak berkenaan.
"Mak ayahnya sibuk tengah pilih kasut agaknya. Tak hiraukan anak-anak.
"Masa budak tu tengah buat 'seni' dia, kita memang tak perasan. Dia buat masa orang tak nampak.
"Kalaulah tadi saya nampak dia buat, memang dah tegur dia terus," jelasnya di ruangan komen.
Rata-rata netizen turut terkejut dengan perbuatan kanak-kanak terbabit sehingga merosakkan kasut yang dijual di kedai.
"Saya dah tengok kat 'story' (imej kasut dicakar). Kalau saya pelanggan, saya berat hati nak beli.
"Tak kecil mana pun. Siap boleh tengok kiri kanan, dia baru buat. Dia tahu apa dia buat.
"Cari mak ayahnya, suruh beli kasut tu. Biasa sangat tangan tu," komen netizen.