ANAK perempuan biasanya akan ditugaskan oleh ibu untuk melakukan kerja-kerja dapur termasuklah mencuci pinggan.
Seorang gadis di platofrm X turut berkongsi cerita tentang dirinya yang sering dipaksa mencuci pinggan di rumahnya.
Tidak cukup dengan itu, dia mendakwa sering dipaksa melakukan hal sama ketika menziarahi rumah saudaranya.
Banyak pinggan yang perlu dicuci setiap kali tuan rumah membuat jamuan raya. -Gambar hiasan
"Mak ayah aku selalu buat makan-makan. Bila habis makan, tetamu tak ada nak tolong. Tak apalah, aku pun cuci je.
"Tapi bila turn aku datang rumah orang, mak aku paksa aku tolong cuci pinggan. Awal-awal aku okay.
"Tapi lama-lama setiap kali pergi makan rumah orang, mesti mak aku paksa aku tolong cuci," tulisnya.
Anak tuan rumah pun duduk dalam bilik tak nak tolong.
ANAK PEREMPUAN
Lebih menyakitkan hati, dia mendakwa anak-anak tuan rumah bersikap lepas tangan dan enggan membantu.
Namun apa yang menyedihkan, keengganannya untuk membantu sering menjadi punca dia dimarahi oleh ibunya.
"Anak tuan rumah pun duduk dalam bilik tak nak tolong. Kadang aku malas nak cuci, mak aku marah aku sangat-sangat.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci!
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita merana kahwin ‘rider’ pemalas, tiada masa depan! Asyik tumpang senang isteri sambil berangan nak beli rumah
"Sedangkan anak tuan rumah yang perempuan duduk dalam bilik, bagi kau adil ke?
"Besar sangat ke salah aku kalau tak nak tolong cuci pinggan?" tulis gadis itu lagi.
Luahan hati gadis itu turut menerima beberapa komen daripada netizen.
Tak ramai lelaki sanggup melakukan kerja dapur. -Gambar hiasan
"Bagi aku, kalau nak buat kenduri makan-makan, lebih baik beli pinggan plastik je. Tak payah serabut.
"Kena buli dengan mak sendiri, belajarlah untuk kata tidak.
"Tak payah ikut mak kau beraya, dah settle," tulis beberapa individu.