INDIVIDU berstatus janda sering dipandang serong dalam masyarakat walaupun hakikatnya penceraian menerusi perkahwinan terdahulu berlaku atas pelbagai faktor.
Seorang wanita berkongsi pengalaman perit apabila dia dihina secara terbuka oleh individu lain hanya kerana pernah berkahwin dua kali.
Menerusi satu luahan yang tular di media sosial, individu berkenaan mendedahkan dia dilemparkan kata-kata kesat hingga menyentuh maruahnya sebagai wanita.
Seorang wanita kecewa apabila dihina oleh wanita yang juga berstatus janda. -Gambar hiasan
“Tahu tak apa hinaan paling hebat yang aku pernah dengar sepanjang bergelar janda? Ada yang cakap... maaf tak nak dia jadi menantu aku sebab badan dia dah ramai orang sentuh,” luahnya.
Menurut wanita itu lagi, istilah 'ramai orang sentuh' yang dimaksudkan oleh individu berkenaan merujuk kepada bekas-bekas suaminya.
“Saya pernah kahwin dua kali. Tapi bagi saya tiada istilah ramai lelaki sentuh sebab mereka semua adalah suami yang halal buat saya. Saya tidak berzina ya,” katanya tegas.
ARTIKEL BERKAITAN: Kifarah itu wujud... Dulu hina rakan jadi janda, siap ajak geng mengumpat... Sekarang gelaran berpindah tangan!
ARTIKEL BERKAITAN: Hina sangat ke status janda? Tiga kali diserbu jabatan agama kononnya berkhalwat, ibu tunggal cekal hadapi ‘jiran puaka’
"Berapa ramai wanita bujang yang mana saya tak pasti dara atau tidak tapi badan sudah disentuh. Kenapa tak dilabel macam saya? Mungkin sebab status janda ni hina sangat di mata masyarakat," jelasnya.
Lebih menyedihkan, komen menghina itu bukan datang daripada ibu kepada mana-mana lelaki yang dikenalinya.
Namun begitu, kata-kata tersebut disampaikan oleh seorang wanita bergelar janda juga dan merupakan individu terdekat dengannya.
Perkahwinan sekarang sangat 'rapuh', benda ni boleh jadi dekat anak-anak sendiri juga nanti.
NETIZEN
Luahan itu mendapat perhatian ramai netizen yang turut meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap sikap segelintir masyarakat yang masih mempunyai mentaliti sempit terhadap wanita bergelar janda.
“Pandang hina janda konon… yang belum kahwin pun entah berapa ramai dah hilang dara akibat zina.
Komen netizen di media sosial.
“Kadang-kadang makcik-makcik ni kena jaga mulut. Perkahwinan sekarang sangat 'rapuh'. Benda ni boleh jadi dekat anak-anak sendiri juga nanti.
“Eh bebal betul. Hanya kerana sebab status janda terus cop macam-macam. Padahal sekarang ni ramai anak dara umur 24, 25… ‘body count’ (disentuh) pun sampai lima hingga enam orang ya.
"Yang janda sah janda tapi anak dara orang tu belum tentu ada daranya," komen beberapa netizen.