BERGELAR anak lelaki sulung sememangnya bukan mudah kerana mempunyai tanggungjawab dan pengorbanan yang besar.
Namun, ini tidak bermakna ibu bapa boleh meletakkan segala-gala beban terutama dari segi perbelanjaan sewenang-wenangnya di atas bahu anak sulung.
Seorang individu meluahkan rasa kecewa dan sedihnya di laman sosial kerana terpaksa memikul peranan sebagai ketua keluarga gara-gara sikap bapanya yang gemar berjudi.
"Aku anak pertama. Ada empat adik bawah aku. Dua merupakan kembar, dan ada dua adik yang masih belajar. Aku je yang bekerja.
Ramai yang terjebak dalam perjudian kerana ingin cepat kaya, namun akhirnya menanggung kerugian besar. -Gambar hiasan
"Aku kerja dekat Singapura. Alhamdulillah, gaji aku okay. Cuma, komitmen aku terhadap keluarga tu sangat banyak sampai aku tak cukup duit nak buat simpanan pun.
"Bapa dan mak aku dua-dua penjawat awam, tapi hutang banyak, jadi duit gaji mereka hampir tak ada. Lebih teruk lagi, ayah aku kaki judi. Judi slot online, judi nombor ekor. Semua jenis judi lah," kongsinya.
Sebagai peringatan, aktiviti judi adalah haram dan dilarang dalam Islam, maka semua harus menjauhinya.
Menurut individu tersebut, setiap bulan dia perlu mengirim wang antara RM2,000 hingga RM3,000 kepada ibunya untuk belanja dapur, membiayai pelajaran adik-adiknya serta membayar bil utiliti.
ARTIKEL BERKAITAN: Nikah kaki judi demi cinta! Anak saksi ibu sara hidup bapa sampai mati... Tak pernah merasa duit gaji, wang pencen lesap
ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga halang tuntut cerai, takut jadi beban... Wanita ini sengsara sendiri, aduan hidup merana dengan suami kaki judi tak dipeduli
Namun apa yang mengecewakannya apabila bapanya tanpa segan silu kerap meminta wang daripadanya untuk berjudi tanpa mengambil tahu perit jerihnya mencari rezeki di negara orang.
"Ayah tak kasihan dekat aku ke? Aku kerja penat. Aku kerja kat Singapura tu, kena hadap jammed hari-hari, kena hadap orang dekat tempat kerja. Aku kerja syif.
"Sumpah, aku penat gila nak hadap semua ni. Aku dah hadap benda ni bertahun. Dua tahun lepas, pakar psikiatri diagnosis aku Major Depressive Disorder (MDD). Aku makan ubat sampai sekarang, tapi mak ayah tak tahu pun, adik-adik aku je tahu.
Sumpah aku penat gila nak hadap semua ni. Aku dah hadap benda ni bertahun.
PENGADU
"Raya hari tu aku habis RM6,000 untuk belanja semua sekali termasuk extended family aku. Tapi hari ni, ayah aku minta duit lagi. Duit aku RM500 je dalam akaun bank.
"Susah ke sekurang-kurangnya tanya 'ada duit tak nak makan?'. Ini tak, terus hantar apa benda kena bayar," luahnya lagi.
Perkongsian individu berkenaan mengundang simpati netizen yang seolah-olah dapat menyelami penderitaan yang dihadapinya.
Antara saranan yang dilontarkan netizen.
Rata-ratanya memberikan pelbagai saranan sebagai penyelesaian kepada situasinya, antaranya berhenti menurut kemahuan bapa yang mahu berjudi.
"Berjudi hilang keberkatan. Bagi la segunung emas pun, tetap habis begitu sahaja. Kena disconnect dari urusan judi. Hentikan bagi duit. Hanya bayarkan keperluan.
"Jadi kejam sikit. Sebab awak selalu beralah, maka mereka dah terbiasa.
"Tolong ambil berat pasal duit ni sebab awak dah tahu ayah berjudi lepas tu awak masih bagi duit. Awak pun dikira berdosa besar, bersubahat dalam benda haram," demikian antara komen netizen.