suria

Bapa buat anak gadis macam ‘ladang’ duit, tiap-tiap bulan disuruh bayar hutang... Wang simpanan belanja kahwin pun makin susut!

Persiapan daripada segi kewangan penting sebelum seseorang itu mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

SEMAKIN dekat tarikh majlis perkahwinan, makin banyak dugaannya.

Bakal bergelar pengantin, seorang wanita kini kusut berdepan dengan tabiat bapanya yang banyak berhutang dan sering meminta wang daripadanya.

Malah, dia tidak menyangka bapanya begitu berani menyarankan supaya dia mencari kerja lain yang menawarkan gaji lebih tinggi.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

"Aku sedih sangat sangat. Ayah aku membebel suruh cari kerja yang gaji lebih baik. Dia kata lepas kahwin kena pakai banyak duit.

"Tanpa dia sedar, setiap bulan dia minta duit aku kira-kira RM1,000. Ayah minta bayar bil telefon dan duit makan kat rumah. Tunggakan dan hutang sana sini.

"Kalau orang luar tengok kami, orang akan anggap kami kaya banyak duit. Hakikatnya tidak," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Tambah wanita itu, jika hendak diikutkan persediaannya untuk kegunaan selepas majlis perkahwinan sudah lama mencukupi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua buat hal sebulan sebelum nikah! Merengek minta anak beli kereta guna duit hantaran, saran batal kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Belum kahwin dah ‘red flag’! Calon suami nak beri hantaran rendah, minta jangan berhenti kerja lepas beranak

Namun tindakan bapanya yang suka meminta-minta sebenarnya menyulitkan keadaan.

"Sebab ayah minta duit setiap bulan, celah mana aku nak simpan? Lepas tu dia bising gaji kecil.

"Ya Allah, duit hantaran aku pun ayah ambil untuk kegunaan sendiri. Aku sayang ayah sangat-sangat. Tapi aku bingung dengan keadaan ni," ujarnya tanpa didedahkan jumlah dan jenis hutang bapanya itu.

Saya perasan kalau cakap gaji naik, mungkin bulan depan ayah akan lagi kerap meminta.

BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

Tanpa mendedahkan nilai hantaran yang diterimanya, jelas wanita itu dia pada mulanya diminta untuk menggunakan sebahagian wang tersebut untuk diberikan kepada bapanya.

"Hari tu ayah minta RM1,200. Dia kata tarik je duit hantaran tu dulu. Saya bagi juga walau berat betul rasa hati.

"Saya tanya bila ayah boleh bayar balik sebab saya nak booking itu ini, ayah kata nanti. Sekarang ni pun dia susah nak bayar balik," katanya.

Jelas wanita itu lagi, bapanya berlengah untuk membayar balik pinjaman atas alasan majlis perkahwinan yang dirancang bukan dalam masa terdekat iaitu pada Februari tahun depan.

Seorang lelaki memikirkan tentang hala tujunya. -Gambar hiasan

Wanita itu kemudian mengakui wang hantarannya kini semakin susut gara-gara hendak membayar hutang bapanya yang tidak didedahkan jumlah sebenar.

"Duit hantaran yang terusik bagi ayah tu bukan lagi RM1,200 tapi dah naik menjadi RM2,500. Saya terlepas beritahu pasangan, dia sedih sebab kerja pagi petang siang malam kumpul duit hantaran," jelasnya.

Jauh di sudut hari, dia kini keliru bagaimana meneruskan rancangan perkahwinan memandangkan wang simpanan sudah banyak digunakan.

"Sejujurnya saya macam keliru sangat sebab ayah selalu cakap macam mana nak kahwin ni, lepas kahwin lagi banyak pakai duit sedangkan dia minta duit kat saya setiap bulan.

"Nanti kalau dapat gaji tinggi pun saya mungkin tetap cakap gaji yang sama. Saya perasan kalau saya cakap gaji naik, mungkin bulan depan, ayah akan lagi kerap meminta," katanya.

Dia cuba berterus-terang supaya bapanya memahami situasi kewangannya itu, namun segalanya hampa.

"Saya pernah beritahu tak ada duit. Lepas tu ayah kata macam mana nak kahwin? Tak pun ayah akan cakap, kat rumah peti ais kosong tak ada apa nak makan dah.

"Kita pun hulurlah apa yang ada. Kalaulah ayah tahu saya makan nasi dengan sambal kosong je lepas tu," ujarnya yang buntu dengan situasi yang dihadapinya itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain