suria

Khemah patah sebelum kenduri, air banjir bertakung depan rumah… Respons tauke kanopi buat ramai muhasabah diri

Tangkap layar yang dikongsi oleh NFZ Canopy.

KITA sebagai manusia hanya mampu merancang, namun Allah yang akan menentukan segalanya.

Begitulah yang dilalui oleh sebuah keluarga ini apabila majlis yang dirancang di kediaman mereka diuji dengan musibah banjir.

Menerusi video yang dikongsi di media sosial, air banjir paras betis dilihat bertakung di hadapan kediaman itu.

Kanopi itu terpaksa dialihkan selepas perkarangan rumah tersebut dinaiki air. 

Lebih memilukan, khemah yang dipasang di perkarangan rumah itu turut patah, sehari sebelum majlis berlangsung.

Kisah itu tular di aplikasi TikTok selepas ia dimuat naik oleh pemilik kanopi bagi majlis berkenaan.

"Pelanggan (tuan rumah) hantar gambar khemah yang patah sehari sebelum majlis. Terus ubah jadual untuk set up balik khemah yang patah kerana hujan lebat dan ribut.

Penyewa tak perlu ganti... kita owner kena menerima, sebab ni ujian musibah.

HFZ CANOPY

"Kawasan tapak asal khemah penuh dengan air hujan yang bertakung. Jadi kena set up alih ke tempat lain. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan.

"Alih dan pasang khemah ke lokasi baru... selesai. Semoga majlis berjalan lancar," tulis pemilik HFZ Canopy yang menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Menjawab pertanyaan netizen berhubung kerosakan itu, pihak HFZ Canopy berkata pelanggannya tidak perlu menanggung sebarang kos kerugian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu tamak, ambil ‘food’ membukit tapi tak habis! Ramai setuju tuan rumah ‘catu’ lauk, dessert kenduri

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah pantang guna pinggan pakai buang, penat pun kena keluarkan pinggan kenduri - “Dia nak muliakan tetamu”

"Penyewa tak perlu ganti. Kita owner kena menerima, sebab ni ujian musibah. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan," tulisnya di ruangan komen sambil menambah dia tetap bersemangat demi menjayakan majlis pelanggannya.

Sehingga kini, video itu menerima hampir 300,000 tontonan, malah rata-rata netizen turut memuji sikap profesional pemilik khemah dan mendoakan kelancaran majlis berkenaan.

"Sebab owner khemah common sense tinggi, saya follow dan masuk list wedding saya nanti.

Cuaca hujan sudah tentu boleh menjejaskan kelancaran sesuatu majlis atau kenduri. -Gambar hiasan

"Semoga dengan ujian ini, semakin bertambah rezeki tuan.

"Semoga terus maju jaya. Amin. Sikit Allah uji, seribu juta Allah ganti.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan owner (khemah) dan tuan rumah," tulis netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain