BAGI manusia yang normal, najis merupakan benda kotor yang tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan tontonan umum.Namun, siapa sangka, ada sebenarnya individu yang memiliki fetish atau kenginan seksual pelik sehingga bernafsu terhadap najis. Menurut seorang wanita, dia juga pernah menerima tawaran untuk menjual foto najis dengan bayaran setinggi RM500.Ada yang sanggup membayar duit untuk mendapatkan gambar najis. -Gambar hiasan AI"Sumpah, saya pernah dihubungi orang bodoh macam ni. Lelaki itu nak gambar tahi. Suami saya pergi cedok tahi kucing peliharaan kami dan buang dalam tandas."Kemudian saya ambil gambar dan hantar kepadanya. Dia percaya itu tahi manusia. Dapatlah RM500 tu. Kami guna duit tu untuk beli makanan kucing."Saya guna untuk bayar duit veterinar. Kami juga guna duit itu untuk tambah makanan bagi kucing dan anjing jalanan," kongsi wanita berkenaan.Wanita kongsi cerita tentang seorang lelaki yang bernafsu terhadap najis.Dia ditawarkan wang RM500 sekiranya boleh menghantar gambar najis.Wanita itu dan suaminya kemudian menghantar foto najis kucing peliharaan mereka.Beberapa lagi individu mendakwa pernah mendapat tawaran sama.Ringkasan ini dijana oleh AIMenerusi hantaran di Threads, dia mendakwa individu berkenaan merupakan pemilik akaun dark side (DS) di aplikasi X."Saya tak tahu dia nak buat apa dengan gambar tu. Yang saya tahu, dia terangsang dengan gambar tahi tu," tulisnya lagi.Di ruangan komen, beberapa lagi individu turut berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang dilalui mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Proses taaruf jadi serba tak kena, wanita ketakutan bakal suami paksa minum guna botol susu lepas kahwin sebab comel!ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘fetish’ tengok isteri berak, sanggup tahan bau busuk... Wanita trauma siap kena cebok sekali!"Fetish pelik ni bukan lelaki je, perempuan pun ada. Dulu masa zaman belajar pernah dapat surat layang. Dia nak beli boxer yang aku tengah pakai."Aku pun pernah dapat macam ini. Orang tu nak tengok bulu bahagian 'bawah' aku. Aku suruh abang aku cukur janggut, kemudian ambil gambar. Terus dia bagi RM1,300."Duit mudah tapi pengalaman yang sangat aneh. Mujurlah dia bijak guna tahi anak kucing sebagai prop," tulis netizen.