Hidup berjiran menuntut sikap saling menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain demi mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni. -Gambar hiasan AI
BERHADAPAN dengan kerenah jiran yang mementingkan diri dan gemar mencari kesalahan orang lain sememangnya boleh mengundang tekanan.Lebih memeningkan kepala apabila perkara tertentu sengaja diperbesar sehingga mengganggu ketenteraman hidup. Begitulah pengalaman seorang wanita yang mengakui tertekan gara-gara kerenah jiran di unit bawah kediamannya.Menurut wanita berkenaan, jirannya merupakan seorang lelaki tinggal bersendirian sudah beberapa kali membuat aduan mendakwa keluarganya menghasilkan bunyi bising sehingga menimbulkan gangguan. Sikap prihatin serta saling mengambil berat penting bagi memastikan hubungan sesama jiran sentiasa terpelihara. -Gambar hiasan AI"Gila betul jiran bawah ni! Hari ini pukul 10.35 malam polis tiba-tiba datang bunyikan loceng rumah. "Tahu tak sebab apa? Sebab jiran bawah telefon polis suruh periksa dari rumah aku bunyi bising. Polis datang periksa masuk rumah, tak ada bukti atau tanda tanda bunyi bising. "Anak-anak aku pun tengah tidur. Jadi mana datang bunyi itu? Takkan aku dengan laki aku pula yang main baling barang atau main baling guli?" luahnya.Ibu kepada dua anak kecil itu berkata, dia dan suami turut beberapa kali dipanggil pihak pengurusan kediaman untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan jirannya.ARTIKEL BERKAITAN: Bagaikan sengaja tayang ‘aset’, gadis bujang selamba berkemban di balkoni... Makin galak nampak suami jiran tengah ‘berasap’ARTIKEL BERKAITAN: Jiran selamba campak sampah dalam tong roro sewa, wanita terpaksa tampal notis amaran - “Nak maki tapi dah berumur”"Aku siap tunjuk bukti gambar kedudukan rumah aku dan karpet yang memang aku dah letak dari mula masuk rumah dan playmat tempat anak-anak main. Masih tak puas hati juga tuduh anak aku buat bising."Paling tak logik kata aku ada ubah perabot pukul 6 pagi? Aku kutip barang, sandar kejap penyapu dekat dinding, tapi batang penyapu terjatuh ke lantai. "Tinggg, bunyi ada orang tekan loceng. Disebabkan bunyi batang penyapu jatuh je dia datang naik rumah aku dan tanya aku ada ubah perabot ke?"Memang jiran dari neraka jahanam! Dia tu patut pergi berubat sebab aku rasa hantu yang kacau dia," luahnya lagi.Seorang wanita tertekan apabila jiran lelaki di unit bawah sering membuat aduan mendakwa keluarganya bising.Polis pernah datang ke rumahnya sekitar pukul 10.35 malam selepas menerima aduan jiran.Dia dan suami sudah beberapa kali dipanggil pihak pengurusan untuk memberikan penjelasan berhubung aduan tersebut.Jiran terbabit turut menuduh mereka mengalihkan perabot pada pukul 6 pagi.Netizen memberikan reaksi pelbagai malah ada yang menyarankannya mendapatkan nasihat peguam.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian wanita berkenaan mengundang simpati warga maya yang memahami situasinya, malah ada antara mereka turut berdepan isu sama. Tidak kurang juga ada menasihatkan wanita itu supaya terus berurusan dengan pihak pengurusan sekiranya gangguan berkenaan berterusan bagi mengelakkan perselisihan antara jiran menjadi semakin serius."Bunyi itu sebenarnya dari rumah dia. Rumah dia ada jin."Dapatkan nasihat peguam mengenai Akta Fitnah 1957 dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Boleh rujuk peguam litigasi sivil. Jika jiran sering buat aduan palsu dan tanpa bukti," komen netizen.