suria

i-Bhd Sasar RM500 GDV

Pengerusi Eksekutif i-Bhd, Tan Sri Lim Kim Hong menunjukkan projek hartanah yang bakal dilancarkan oleh i-Bhd dalam tempoh lima tahun.
SHAH ALAM: i-Bhd berada pada landasan yang betul bagi melancarkan projek hartanah dan kemudahan dengan nilai pembangunan kasar antara RM400 juta hingga RM500 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kim Hong berkata pelaburan hartanah dan kemudahan akan menyumbang sebanyak 50 peratus daripada pendapatan kumpulan  dalam tempoh itu termasuk apabila sektor kemudahan mencapai tempoh matang.

Walaupun pelaburan hartanah pada RM50 juta dilihat kecil namun i-Bhd sedang melaksanakan tiga pembangunan utama  untuk mencapai sasaran RM1 bilion itu.

i-Bhd kini sedang membina pusat beli belah CentralPlaza @ i-City bernilai RM580 juta yang dijangka siap pada 2017.

Pembinaan 6,500 tempat letak kereta di bawah projek i- SOHO juga sedang dilakukan dengan kerjasama Best Western International yang akan mengendalikan hotel 216 bilik bernilai RM50 juta.

Sementara itu, taman tema i-City menerima seramai 90,000 pengunjung setiap minggu, dengan perbelanjaan  purata setiap pelawat adalah sebanyak RM15.

"Dari segi rangkaian projek, ia sudah cukup untuk membuat kami sibuk selama lapan tahun akan datang. Tahun ini, kami akan melancarkan beberapa projek hartanah bernilai RM1.6 bilion," kata Timbalan Pengerusi Datuk Eu Hong Chew.

i-Bhd, i-City

Artikel Lain