Syarikat penerbangan hibrid itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, tambang promosi khas dari RM69 itu untuk destinasi tempatan manakala tambang ke destinasi antarabangsa bermula dari RM159.
"Promosi itu sah untuk perjalanan antara 31 Mac hingga 20 Mei, 2014 dan tiket boleh ditempah mulai sekarang sehingga 30 Mac, 2014," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Chandran Rama Murthy berkata syarikat berbesar hati untuk berkongsi peristiwa penting itu dengan mereka yang telah membantunya.
"Kami berharap penumpang akan bersama-sama kami," katanya.
Sehingga kini, Malindo Air membawa lebih dari 1.4 juta penumpang sejak penubuhannya pada Mac tahun lepas.
Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh didapati di www.malindoair.com