suria

Petronas Intai Potensi Minyak, Gas Dan Pembangunan Timor-Leste

Najib (kanan) bersama rakan sejawatnya Xanana Gusmao ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Timor-Lester itu di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Isnin. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR
PUTRAJAYA: Malaysia berharap untuk menjadi rakan utama Timor-Leste dalam pembangunan republik itu dan bersedia menghantar Petronas ke negara itu bagi menerokai potensi minyak dan gas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Petronas melihat potensi untuk mengambil bahagian dalam pembangunan industri minyak dan gas di Timor-Leste.

"Timor-Leste akan mempelawa tawaran baharu untuk penerokaan minyak dan gas, serta pembangunan di negara itu pada tahun ini atau awal tahun depan.

"Petronas akan melihat potensi itu (untuk menyertai)," katanya pada sidang media bersama bersama rakan sejawatnya, Timor-Leste, Xanana Gusmao di sini, Isnin.

Najib berkata, Malaysia Airport Holdings Bhd akan mempertimbangkan untuk menyertai dalam pembangunan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Presidente Nicolau Lobato di Timor-Leste.

"Ia merupakan potensi ekonomi yang amat luas di Timor-Leste di mana Malaysia dipelawa untuk menerokai dalam bidang seperti infrastruktur, penjagaan kesihatan, perlombongan, pelancongan dan pertanian.

"Perdana Menteri Gusmao berminat untuk menjadikan syarikat swasta Malaysia bagi menyertai dalam pembangunan di Timor-Leste," katanya.


Artikel Lain