suria

Kumpulan Ambank Raih Tiga Anugerah

KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd (Kumpulan Ambank) memenangi tiga anugerah pada Anugerah Pengiktirafan Kecemerlangan Asia 2014 keempat anjuran Corporate Governance Asia.

Dalam kenyataan pada Jumaat, bank itu berkata anugerah tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia (Hubungan Pelabur); Hubungan Pelabur Profesional Terbaik (Malaysia); dan Hubungan Pelabur oleh Syarikat Terbaik (Malaysia). 

Ambank berkata, pengiktirafan itu adalah berdasarkan skor daripada data yang dikemukakan oleh pembaca Jurnal Tadbir Urus Korporat Asia dan melalui temu bual yang dilaksanakan dengan komuniti pelaburan.

"Pengiktirafan itu buat kali ketiga bagi Kumpulan Ambank yang dianugerahkan syarikat Hubungan Pelabur Syarikat Terbaik di Malaysia, masing-masing pada 2011 dan 2012," katanya. 

Pengarah Urusan Kumpulan, Ashok Ramamurthy, berkata pihak bank berbangga atas pengiktirafan sebagai antara syarikat cemerlang dalam amalan hubungan pelabur.

"Pengiktirafan ini adalah bukti atas komitmen kami untuk berhubung dengan pelbagai pihak berkepentingan secara aktif dan konsisten, telus dan tepat pada masanya," katanya.

Artikel Lain