KUALA LUMPUR: Sayur bayam hijau dijual murah di Pasar Awam Kepala Batas, Pulau Pinang iaitu serendah RM0.38 setiap 250 gram berbanding RM0.75 bagi berat sama di Pasar Awam Tambun Indah, Simpang Ampat, pada Isnin. Di Pasaraya Econsave, Ayer Itam pula ikan kembung hitam/hijau boleh didapati dengan harga serendah RM3.20 sekilogram jika dibandingkan dengan jualan di Pasar Awam Tambung Indah iaitu RM11.00 sekilogram. Di ibu negara pula ikan bawal hitam bersaiz M dijual murah di Pasaraya Giant, Viva Home di Cheras iaitu RM4.90 sekilogram. Harga ikan sama di Cold Storge KLCC dan Solaris Mont Kiara pula ialah RM39.90 sekilogram. Perbezaan harga yang ketara itu diharap dapat memberikan perbandingan kepada pengguna dalam membuat pilihan itu membeli barangan basah. Bagi pembeli yang ingin mendapatkan harga ayam bersih super termurah, mereka boleh mendapatkannya di Pasaraya Hero Bandar Sri Permaisuri iaitu pada harga RM6.49 sekilogram. Harga itu berbeza dengan Pasaraya Aeon Big Jalan Ipoh dan Bangsar iaitu RM8.19 sekilogram. Perbezaan harga mengenai barangan basah dan kering boleh dibuat di laman web http://www.1pengguna.com/