suria

Produk HHLE Tembusi Pasaran Luar 2014

Kicap soya antara produk HHLE yang akan menembusi pasaran luar negara.

SETIU: H.H. Laris Enterprise (HHLE), pengeluar dan pengedar produk sos tempatan, menyasarkan produk keluarannya menembusi pasaran Asia Tenggara akhir tahun ini.

Pengurusnya Hasmah Hassan berkata sebagai permulaan, HHLE memilih Singapura dan Indonesia sebagai negara pertama di Asia Tenggara untuk eksport produk keluarannya.

"Ada wakil dari Singapura dan Indonesia datang berbincang dengan saya untuk membawa dan memasarkan produk keluaran syarikat kami di negara mereka selepas segala kertas kerja dimuktamadkan," katanya.

Hasmah berkata buat masa ini produk HHLE berjaya memasuki pasar raya Mydin dan pasar raya kecil di seluruh negara, selain dijual di kedai runcit biasa.

Selain itu, sambutan terhadap produk keluaran HHLE juga memberangsangkan berikutan harga barangannya yang mampu dibeli oleh semua golongan.

"Memandangkan permintaan yang tinggi, kami memproses lebih daripada seribu botol sehari, termasuk sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap dan sos buah," katanya.

Hasmah berkata bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan pada 2003, modal perniagaannya kini sudah mencecah lebih RM40,000, selain memiliki kilang serta empat orang pekerja.

HHLE, Setiu, Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain