BEIJING: Syarikat penerbangan dari China, Shandong Airlines bersetuju untuk membeli 50 pesawat penumpang 737 bernilai AS$4.6 bilion (RM15.02 bilion) dari pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing. Shandong dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menandatangani satu perjanjian bersama Boeing pada 21 April bagi pembelian 50 pesawat Boeing 737. Menurut kenyataan itu, pembelian pesawat berkenaan meliputi 16 model 737-800s dan 34 model 737MAX. - AFP