KUALA LUMPUR: Pengambilalihan 70 peratus kepentingan dalam PT Harmoni Energy Indonesia (PT HEI) membabitkan sejumlah RM18.5 juta oleh Mudajaya Group Bhd, menolak naik harga saham itu di Bursa Malaysia Pada Selasa. Setakat 11.46 pagi, kaunter itu meningkat dua sen kepada RM2.66 selepas dibuka tidak berubah pada RM2.6,4, dengan 422,500 saham bertukar tangan. PT HEI menandatangani perjanjian pembelian tenaga dengan PT PLN bagi pembangunan loji tenaga arang batu 2x7 megawatt yang dibangunkan secara bina-urus-pindah selama 25 tahun di Sulawesi, Indonesia. Hong Leong Investment Bank berkata berdasarkan kapasiti loji tenaga itu serta kadar tarif, selain mengandaikan kesediaan 70 peratus, 15 peratus margin dan aliran tunai pada 12 peratus, projek itu akan menyumbang hasil sebanyak RM25.21 juta. Bank pelaburan itu mengekalkan saranan 'beli' ke atas Mudajaya memandangkan ia menjangkakan kos pelaburan dan impak keluruhannya yang minimum.