suria

Amway Tumpu Pertumnbuhan Mampan

KUALA LUMPUR: Amway (Malaysia) Holdings Bhd, sebuah syarikat jualan langsung, akan terus memberikan tumpuan dan menyusun strategi perniagaannya ke arah mencapai pertumbuhan mampan bagi tahun kewangan 2014 (Tk2014).

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan ke-19 syarikat itu di sini, Rabu, Pengarah Eksekutifnya, Paul Yee, berkata syarikat itu mempunyai rekod pencapaian pertumbuhan yang sangat baik, hasil daripada strateginya yang terbukti berkesan.

"Kami telah beroperasi di Malaysia selama 38 tahun dengan rekod pertumbuhan selama 35 tahun dan hanya tiga tahun mencatatkan pertumbuhan mendatar atau merosot sedikit, itu pun disebabkan oleh kemelesetan dan krisis ekonomi," kata beliau.

Yee berkata syarikat itu akan menyusun strategi agar perniagaannya dapat mengekalkan pertumbuhan mampan dalam empat bidang terbukti iaitu; meningkatkan pertumbuhan tenaga pengedar teras, membina produk dalam rangkaian kecantikan dan kesihatan, menambah baik kemudahan mendapatkan produk melalui penambahan kedai dan lebih memanfaatkan teknologi maklumat serta memperkukuh dan menyusun semula modal insan dalamannya.

Syarikat itu meraih pendapatan berjumlah RM834.222 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2013 dan ini merupakan peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding pendapatan yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelumnya juga meningkat kepada RM145.196 juta berbanding RM137.066 juta sebelumnya.

Amway mengisytiharkan dividen bersih sesaham sebanyak 62.5 sen sesaham yang mencerminkan keuntungan selepas cukai 2013 sebanyak RM102.7 juta atau 94 peratus, sejajar dengan komitmen lembaga pengarahnya untuk memberi pulangan keuntungan tidak kurang daripada 80 peratus setiap tahun kepada pemegang sahamnya. 


Amway

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain