suria

Data Eksport Lonjakkan Harga MSM

KUALA LUMPUR: Sentimen pasaran yang positif berikutan data eksport minyak sawit Malaysia yang menggalakkan menolak kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi.

Penyelidik kargo Intertek Testing Services (ITS) menganggarkan eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1-15 Mei berjumlah 639,414 tan metrik, naik 23 peratus berbanding tempoh sama bulan lepas.

Pakar produk Phillip Futures Sdn Bhd David Ng berkata permintaan meningkat berikutan pengimport menyimpan bekalan menjelang Ramadan yang akan bermula akhir Jun, apabila penggunaannya biasanya meningkat.

"Bagaimanapun, peningkatan pengeluaran dan simpanan di negara-negara pengeluar mungkin mengehadkan kenaikan harga," katanya.

Jun 2014 naik RM18 kepada RM2,662 setan metrik, Julai 2014 dan Ogos 2014 meningkat RM20, masing-masing kepada RM2,627 dan RM2,614 setan metrik, manakala September 2014 menokok RM21 kepada RM2,605 setan metrik.

Jumlah dagangan menurun kepada 29,706 lot daripada 32,399 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 211,953 kontrak berbanding 210,019 kontrak semalam.

Di pasaran fizikal, Selatan Mei naik RM5 kepada RM2,665 setan metrik. 


MSM

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan