suria

OCBC Al-Amin Dipilih Bank Islam Terbaik 2014

KUALA LUMPUR: OCBC Al-Amin Bank Bhd dipilih sebagai Bank Islam Terbaik Tahun 2014 di Malaysia oleh "The Banker", majalah kewangan antarabangsa bulanan yang berpangkalan di London.


Anugerah itu merupakan anugerah perbankan antarabangsa paling lama di dunia dan merupakan kali pertama bank Islam milik asing pernah memenangi anugerah ini di Malaysia, kata OCBC dalam satu kenyataan.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Amin Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata, anugerah itu mengukuhkan lagi kekuatan dan pertumbuhan bank tersebut sejak diasaskan pada 2008.

"Di samping penghormatan ini, kami juga mengiktiraf rangka kerja kukuh yang disediakan pihak pengawal selia yang memungkinkan kami mencapai kejayaan ini," katanya dalam kenyataan itu.

Dengan kedudukan kukuh di bahagian korporat, sektor runcit OCBC Al-Amin semakin berkembang pesat terutamanya dengan pengenalan cawangan baharu OCBC Al-Amin Xpres.

Setakat ini, bank itu memiliki 10 cawangan perbankan Islam kendiri termasuk dua cawangan baharu OCBC Al-Amin Xpres. 


OCBC, Bank Islam Terbaik, The Banker

Artikel Lain