suria

Tokoh Pengurus Risiko Milik John Lee Dari Maybank - Asian Banker

John Lee
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Risiko Maybank Group, John Lee, dinamakan 'Tokoh Pengurus Risiko Tahun Ini' oleh Asian Banker pada Sidang Kemuncak Ke-15 Asian Banker di sini.

Maybank berkata, ini adalah anugerah kecemerlangan utama bagi kecemerlangan dalam pengurusan risiko yang kedua bagi Lee selepas beliau dinobatkan sebagai 'Pengurus Risiko Bank Terbaik' oleh Asia Risk tahun lalu.

Anugerah itu mengiktiraf pasukan amalan dan pengurusan risiko terbaik dalam institusi kewangan di Asia Pasifik dan Asia Barat.

"Anugerah ini menjadi bukti kepada transformasi kumpulan ini, dan risiko kumpulan khususnya, untuk memastikan kami menyokong dan bekerjasama rapat dengan perniagaan untuk mencapai aspirasi kami untuk menjadi Peneraju perkhidmatan Kewangan Serantau," katanya pada upacara penyampaian anugerah itu.

Maybank berkata, di samping pengalaman menguruskan risiko selama lebih 13 tahun, Lee juga mempunyai pengalaman luas dalam kewangan Islam, strategi perniagaan dan pengurusan prestasi. 


Artikel Lain