suria

Nilai Hadiah Lebih Besar Untuk Pemenang SOBA 2014

Dari kiri; Iris Tan, Pengurus Besar Citroen, Lionel P. Jayasinghe, Ketua Kumpulan Eksekutif fan Pengarah Urusan PPKT Logistics Group Sdn Bhd, Datuk Michael Tio dan Wong Chun Wai pada majlis pengumuman SOBA 2014 pada Selasa. Foto ART CHEN / THE STAR

PETALING JAYA: Nilai hadiah yang lebih besar ditawarkan pada tahun ini bagi pemenang AnugerahPerniagaan The Star (SOBA) 2014, yang diadakan buat kali kelima.

Untuk pertama kalinya publisiti editorial bernilai lebih RM1.5 juta dalam MetroBiz The Star menanti para pemenang SOBA.

Pada pelancaran SOBA pada Selasa, Kumpulan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Publications (M) Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai berkata dalam ucapan alu-aluannya bahawa wajah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah berubah dengan pesat pada hari ini.

"Jika anda lihat 10-15 tahun lalu, PKS amat keberatan untuk keluar (di khalayak ramai). Kebanyakan CEO (ketua pegawai eksekutif) ini enggan untuk ditemuramah kerana mereka tidak mahu bercakap tentang syarikat mereka. Saya rasa ia telah berubah dan mereka tidak keberatan untuk keluar bercakap pada masa ini," katanya.

"Kami juga mengakui bahawa PKS memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Malaysia dan menjadi penyumbang penting pendapatan kepada negara," tambah Wong.

Dalam ucapannya, Pengerusi Soba 2014 dan Ketua Pegawai, perusahaan kumpulan (perhubungan kerajaan dan pemasaran) Star Publications, Iris Tan berkata, bahawa terdapat peningkatan minat di kalangan PKS dalam Soba sejak empat tahun lalu dan yang beliau menjangkakan lebih banyak syarikat mempamerkan pencapaian mereka dalam 10 kategori anugerah pada tahun ini.

Terdapat tujuh kategori bagi anugerah teratas tahun ini iaitu Terbaik dalam Pemasaran, Jenama Terbaik, Tebaik dalam CSR, Inisiatif Hijau Terbaik, Majikan Terbaik , Inovasi Terbaik dan Pasaran Global Terbaik.

Tiga Anugerah Pencapaian Cemerlang adalah Rising Star, Usahawan Terbaik dan Perniagaan Malaysia Terbaik.

Bagi kategori anugerah itu, pemenang Platinum akan menerima RM100,000 publisiti editorial, pemenang Emas RM70,000 publisiti editorial dan pemenang perak RM35,000 publisiti editorial.

Dalam kategori Anugerah Pencapaian Cemerlang, pemenang utama akan dianugerahkan RM150,000 publisiti editorial.

Soba 2014 dianjurkan oleh The Star bersama dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd dan Citroen yang merupakan penaja.

Penyertaan terbuka kepada semua perusahaan tempatan yang bukan daripada sebahagian kumpulan multinasional atau kumpulan tersenarai, yang diperbadankan di Malaysia dengan ekuiti asing tidak melebihi 50%.

Artikel Lain